Page 111 - Koleksi Penuh.Updated
P. 111
Ibrahim melepaskan jawatan Presiden ABIM dan menyertai UMNO. Ustaz
Zaki menceritakan, “Anwar telefon ana, dia berkata ustaz anta diamanahkan
sebagai YDP Perak. Lepas itu dia masuk UMNO!” Ustaz mengemudi
harakah ini dengan baik pada waktu gelora dan badai menimpa dengan
himpitan berbagai aliran fikrah dan asakan gerakan lain ke atas keyakinan
dan thiqah ahli-ahli ABIM.
Kami bertuah kerana bersama naqib usrah Ustaz Zaki. Dia seorang yang
tersusun, berdisiplin tinggi dan sangat menepati masa. Dia mengendalikan
usrah dengan aktif melibatsertakan semua ahli unit. Masing-masing akan
ditugaskan membaca, menelaah dan membentangkan dalam usrah.
Peranannya sebagai naqib, adalah sebagai murabbi bukan seorang
pengkuliah atau penceramah, dengan konsisten mendorong, menjelaskan,
memberi pencerahan dari segi ilmu, kefahaman, peningkatan amalan hingga
kepada pelan tindakan. Bacaan al Quran akan dibetulkan makhraj sebutan
dan tajwid. Tafsir akan diminta beberapa orang bersedia membacanya dari
rujukan-rujukan. Kitab Hadith Arbain Imam Nawawi di dalam tulisan jawi
maka bagi yang sukar membaca tulisan jawi terpaksa belajar semula dan
menghadamnya. Kemudian sesiapa yang ditugaskan akan membaca matan
hadith agar tahu bagaimana membaca teks asalnya, dimana berhenti dan
gaya bacaannya. Kemudian ditugaskan seorang pula mengulas buku
berkaitan gerakan Islam.
َٰ
Contohnya, pada mengulas tafsir ayat 79:26, ٓىَشْخَي نم ل ًةرْب عَل َك لَذ ى ف هنإ,
َ
َٰ
َ
“Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang
105