Page 95 - Koleksi Penuh.Updated
P. 95

Artikel Akademik ini mengupas topik-topik di dalam fiqh dakwah yang berkaitan dengan realiti
                           semasa yang dihadapi oleh gerakan Islam dan masyarakat di negara ini.



                KEPENTINGAN FIQH DAKWAH DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT
                                                   KHAIRA UMMAH



                                                     Hasri bin Harun
                                                    Timbalan Presiden
                                     Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
                                                             &
                                            Pengarah, Institut Maqasid Syariah
                                        Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam


               Syariat Islam bersifat praktikal untuk dilaksanakan menurut setiap keadaan,

               ianya perlu dijaga daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam

               dengan mengambil kira, dan memahami realiti semasa kehidupan manusia.

               Masyarakat  yang  gagal  memahami  keperluan  fiqh  dalam  kehidupan

               menyebabkan  timbul  pelbagai  perkara  negatif  dan  mengundang  salah

               faham  yang  mengakibatkan  kemunduran  dalam  aspek  sosial  meskipun

               tampak  maju  dalam  bidang  teknologi,  komunikasi,  dan  ekonomi  secara

               zahirnya. Oleh yang demikian, perlu diberi pendedahan tentang keperluan

               dan  kepentingan  memahami  fiqh  berasaskan  maqasid  al-Shari’ah  agar

               rekonstruksi  fiqh  disebar  secara  meluas  bagi  memenuhi  keseimbangan

               keperluan hidup manusia. Syariah Islam adalah suatu yang diturunkan untuk

               kesejahteraan  umat  dulu  dan  akan  datang  dan  bukan  mendatangkan

               kemudaratan. Firman Allah dalam surah al-Anbiya 107 yang berbunyi:











                                                             89
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100