Page 90 - Koleksi Penuh.Updated
P. 90

oleh Ibn ‘Ashur  bahawa agama adalah kebaikan yang wujudnya jurang

                antara  agama  dan  dunia  nyata.  Kegagalan  memahami  nass  dan  realiti

                akan  mengembalikan  keterjajahan  minda,  kegelapan  akal  dan

                kecangungan  agama  yang  difahamkan  sekerat-kerat.  Kini,  telunjuk

                terhadap bencana menghitamkan akal mula memandu untuk terus kembali

                menjajah  minda  yang  sudah  tercerah.  Begitu  berevolusinya  penjajahan

                minda  yang  datang  dalam  pelbagai  rupa  dan  tema.  Hanya  kecaknaan

                manusia  yang  berfikir  dan  berakal  cerah  punya  utama  menontahkan

                evolusi penjajah yang sentiasa cuma menghitamkan terang cahaya akal

                dan minda.



                RUMUSAN



                Usaha mengisi kemerdekaan adalah peranan dan kebertanggungjawaban

                bersama. Erti sebenar merdeka sudah tentu memerlukan usaha ke arah

                kecerahan  akal  dan  minda.  Keduaya  harus  bebas  daripada


                pembelengguan dan wajar menzahirkan jiwaraga yang punya keyakinan
                tinggi  terhadap  peranan  agama.  Demikian,  mencipta  dan  mengekalkan


                kemerdekaan  adalah  usaha  berterusan  dan  tidak  terhenti  sekadar
                mencapai  kemegahan  atas  perkataan  kemerdekaan.  Bangkit  dan


                bangunkah  seluruh  jiwa  raga  bangsa  merdeka.  Leraikan  cengkaman
                penghitaman akal dan tindakan budaya membodohkan akal yang tercerah.


                Singkapi erti merdeka dengan aspirasi memerdekakan akal sebagai asas

                rintisan merdeka yang hakiki.







                                                             84
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95