Page 86 - Koleksi Penuh.Updated
P. 86
“Dialah yang menurunkan ayat-ayat yang terang(al-
Quran) kepada hamba-Nya (Muhammad) untuk
mengeluarkan kami daripada kegelapan kepada cahaya,
dan sesungguhnya Allah Maha Penyantun dan Maha
Penyayang.” (al-Hadid: 9).
Nyala rasa dan hakikat agama Ilahi menuntut transformasi sikap melalui
gerakan kesedaran dan revolusi menentang pembelengguan akal.
Belenggu kegelapanan merantai kebebasan akal daripada berfikir dan
bertindak. Citra Islam dan kesungguhan agama melemparkan penjajah
yang dirumuskan kepada al-zulumat yang inklusif sifat dan peranan. Al-
zulumat adalah sanggahan kepada an-Nur. Justeru al-zulumat adalah
cernaan yang diertikan sebagai sesat, bingung, jahil, bodoh, mundur,
beku, gila dan bejat. Menyedarkan manusia daripada sikap al-zulumat
merupakan misi pembebasan (tahrir) yang tidak harus terpisah daripada
misi pencerahan(tanwir). Oleh kerana itu, ayat ke-9 dalam catatan al-Hadid
menulis perkataan al-Zulumat yang didatangkan selepas itu dengan
perkataan an-Nur. Pembebasan tanpa pencerahan hanya akan
menjerumus manusia daripada kegelapan kepada kegelapan yang lain lalu
mencipta sensasi bencana dan kecurangan terhadap resam dan saranan
Tuhan.
JIWA MERDEKA DAN PEMBEBASAN DARIPADA BELENGGU AKAL
TERJAJAH
80