Page 81 - Koleksi Penuh.Updated
P. 81

terhadap masyarakat mempunyai keperluan tersendiri untuk menyampaikan

              dakwah.  Justeru,  dalam  pembinaan  generasi  muda  untuk  menyampaikan

              dakwah,  keahlian  dalam  bidang  tertentu  seperti  perubatan,  pendidikan,

              kejuruteraan  dan  bidang  profesional  lain  berupaya  mempengaruhi

              keberkesanan dakwah. Barisan pendakwah yang kompeten amat diperlukan

              untuk  berdakwah  melalui  penyelesaian  masalah  masyarakat.  Oleh  itu,

              penglibatan dalam dakwah tidak seharusnya mengenepikan kualiti kepakaran

              dan keilmuan agar lapangan dakwah sentiasa dihormati oleh segenap lapisan

              masyarakat.



              Selain itu, pengaruh yang diperoleh daripada sumbangan kepada masyarakat

              tidak menjadikan ghulam lupa akan niatnya yang sebenar. Segala hasil usaha

              dakwahnya dikembalikan kepada Allah SWT. Demikian juga pembesar yang

              telah  sembuh  daripada  penyakit  butanya,  tidak  meninggalkan  peranannya

              kerana  sedar  bahawa  dirinya  berada  di  pihak  yang  benar.  Hal  ini  kerana,

              ghulam  dan  pembesar  raja  itu  tahu  bahawa  raja  di  tempat  mereka  itu

              diselubungi  sifat  takbur  dan  bongkak  sehingga  sanggup  menjatuhkan

              hukuman tanpa bicara. Ghulam dan pembesar tersebut telah pun bersedia

              untuk menghadapinya.



                  7.  Senjata dalam Dakwah

              Apabila tiba giliran ghulam untuk dihukum oleh kerana enggan meninggalkan

              agamanya, kebergantungan ghulam kepada Allah SWT tetap utuh. Ghulam

              berdoa  memohon  kepada  Allah  SWT  agar  melindungi  dirinya  ketika  ingin

              dicampakkan  oleh  pasukan  tentera  dari  atas  bukit  dan  ditenggelamkan  di

              lautan.  Ghulam  tetap  kembali  berhadapan  dengan  raja  lalu  mengatakan

              dengan  yakin  Allah  SWT  telah  menyelamatkannya.  Ghulam  menunjukkan


                                                             75
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86