Page 80 - Koleksi Penuh.Updated
P. 80

jujur kepada ghulam dengan menyatakan bahawa ghulam lebih baik daripada

              dirinya. Rahib sedar bahawa ghulam mampu menyampaikan dakwah dengan

              lebih  berkesan  berbanding  dirinya.  Ini  membuktikan  rahib  mempunyai  jiwa

              yang  ikhlas  dalam  dakwah.  Rahib  juga  mempunyai  kefahaman  dan

              kemampuan  menilai  yang  tepat  terhadap  kebolehan  ghulam.  Lalu,  rahib

              berterus terang kepada ghulam bahawa ujian akan datang kepadanya. Rahib

              menyampaikan pengajaran berikutnya iaitu ujian adalah tabiat dakwah seperti

              yang terungkap melalui surah Ali-Imran ayat 142:


                                                                                                ۡ
                                                                َٰ
                                                                                                       َ
                                                                                   ه
                                                          ١٤٢   َني   ر بهصلٱ مَلۡعَيو  ۡ مُكن م  ْ اوُد َ ه َٰ ج َني ذلٱ  ُ ه للَّٱ    مَلۡعَي اهمَلو َةهنَجلٱ  ْ او ُ لُخ ۡ دَت نأ  ۡ مُتۡب سَح  ۡ مأ َ
                                                                              َ
                                                                      َ
                                                                                            َ
                                                                    َ

              ”Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum
              nyata di sisi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang
              yang sabar ”.


              Namun, setelah itu, rahib turut berpesan kepada ghulam untuk menjaga rahsia

              dirinya.  Pesanan  rahib  itu  bukan  bermaksud  beliau  pengecut  sebaliknya

              hanya mahu mengekalkan kerahsiaan dakwah agar kesinambungan ajaran

              rahib  berterusan.  Malah,  timbul  kebimbangan  pada  rahib  jika  ajarannya

              terbongkar  yang  boleh  membawa  risiko  yang  tidak  menentu.  Selanjutnya,

              berkembanglah  peranan  ghulam  dalam  masyarakat  dengan  kebolehannya

              menyembuhkan penyakit buta, sopak dan pelbagai penyakit lain dengan izin

              Allah SWT.



                  6.  Pengaruh dalam Dakwah

              Kebolehan ghulam berperanan dalam masyarakat membawa mesej penting

              dalam lapangan dakwah. Dalam konteks semasa, kepercayaan dan pengaruh




                                                             74
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85