Page 82 - Koleksi Penuh.Updated
P. 82
kepada ketika tiada ikhtiar yang boleh dilakukan kerana keterbatasan tertentu,
hanya doa yang mampu dilakukan. Inilah senjata dalam dakwah yang begitu
ampuh dan perlu menjadi amalan kepada setiap pendakwah. Pendakwah
tidak seharusnya meninggalkan zikir dan doa agar hubungan dengan Allah
SWT sentiasa terpelihara. Selain itu, pengalaman ghulam membuktikan
kepada kita bahawa lapangan dakwah akan sentiasa dihujani dengan ujian
demi ujian. Hanya kebergantungan kepada Allah SWT sahaja yang menjadi
senjata untuk meneruskan usaha dakwah. Justeru, ujian yang tiba tidak
seharusnya menghentikan pendakwah untuk meneruskan dakwahnya.
8. Memetik Hasil dalam Dakwah
Kemuncak kepada usaha dakwah ghulam berlaku ketika raja menurut
nasihatnya untuk membunuh ghulam. Pendakwah hanya mampu berusaha.
Namun, rencana dakwah hakikatnya berlaku menurut kehendak Allah SWT.
Ghulam berjaya dibunuh oleh raja dengan keizinan daripada Allah SWT jua.
Namun, terjadi peristiwa yang tidak disangka oleh raja. Orang ramai yang
menyaksikan kematian ghulam mengaku beriman dengan Allah SWT. Ghulam
mati tanpa sempat melihat hasil dakwahnya yang diterima oleh orang ramai.
Walaupun peristiwa ini diakhiri dengan orang beriman dibakar dalam parit
berapi, namun dakwah ghulam telah berhasil. Raja yang angkuh gagal
menukar keimanan mereka. Sekalipun mati, orang beriman berjaya
mempertahankan keyakinan mereka.
KESIMPULAN
Berdasarkan hadith ghulam dakwah ini, jelaslah kepada seluruh angkatan
pendukung dakwah terhadap kepentingan mencetak generasi muda yang
menjiwai semangat dakwah. Asy-Syahid Imam Hassan al-Banna melalui
76