Page 85 - Koleksi Penuh.Updated
P. 85
Artikel ini adalah Artikel Am berkisar tentang kemerdekaan menanam kesedaran, menyuntik
ilmu dan pendidikan membebaskan umat dari belenggu penjajahan pemikiran dan hamba
sesama manusia
MERINTIS JALAN MERDEKA : MEMBEBASKAN JIWA-RAGA DARIPADA
BELENGGU KEGELAPAN AKAL DAN PERHAMBAAN MANUSIA.
oleh
Ramdani Abd Abd Karim
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM
MUKADIMAH.
Demikian kemerdekaan yang terisi dengan misi pencerahan dan kecelikan
akal. Merdeka bukan hanya sekadar mengusir penjajah dan mengenyah
kepenjajahan, bahkan besar maknanya apabila minda dan jiwaraga
menjadi teguh bertahan dan berdepan dengan rempuhan jajahan baharu
yang sentiasa berevolusi. Meraih erti merdeka sama sekali tidak boleh
mengesampingkan nyala rasa juang, patriotisme dan nasionalisme.
Aspirasi merdeka harus terisi dengan misi kekentalan jiwa dan semangat
juang umat manusia.
Hakikat kemerdekaan berupa kebebasan yang terpandu ke arah
kecerahan akal fikir diluar kemajnunan manusia. Oleh kerana itu, merdeka
harus terumus sikapnya sebagai usaha mereformasikan tindak dan gerak
membebaskan jiwa terkongkong melalui revolusi akal, budaya dan sosial.
Tendansi terhadap misi bebas, cerah dan merdeka diilhamkan oleh agama
(Islam) menerusi pengutusan al-Rasul s.a.w melalui lembaran al-Quran.
79