Page 88 - Koleksi Penuh.Updated
P. 88
tidak seimbang, mengundang semula penjajahan baharu.
Demikian, kemerdekaan boleh tercabut daripada manusia seperti yang
dijelaskan pada surah al-Anfal seperti berikut;
“Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah suatu nikmat yang telah diberikanNya kepada
suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri. Sungguh, Allah Maha
Mendengar, Maha Mengetahui.” (al-anfal :53).
Oleh kerana itu misi pencerahan yang beralih daripada kegelapan harus
terang menderang supaya merdeka yang telah diraih tidak mengecil dan
terus hilang. Atas kesedaran itu, usaha mencerna kecerahan sudah tentu
memerlukan kekuatan sanubari yang tidak hanya menampilkan imej baik-
tulus. Kecerahan akal budi memerlukan sikap islah al-nufus (perubahan
dalaman) kerana hukum ilahi menoktahkan sikap dan sanubari manusia
sebagai penentu perubahan. Sunnatullah bukan mewajahkan penampilan
pekerti baik sahaja bahkan seluruhnya menjiwai rasa tanggungjawab yang
berperanan.
MENGEMBALIKAN MINDA YANG TERBELENGGU.
Istiqamah memerangi kemiskinan minda harus segera mendahului aturan
Ilahi. Melaluinya, kemiskinan akal yang terkongkong dapat dipadamkan.
Sekali gus menjadi titik penyambung kepada kecerahan akal dan
kemuliaan pekerti. Melalui ilham dan tulisan oleh Pendeta Za’aba yang
82