Page 87 - Koleksi Penuh.Updated
P. 87

Justifikasi  tahrir  dan  tanwir  harus  sepadan  dengan  tahsin(pembaikan)

                dengan  misi  besar  umat  melalui  Islah  dan  tajdid.  Misi  tersebut  akan

                membentuk  kerangka  kesedaran  melalui  ilham  Islah-Tajdid  yang  harus

                bertindak  sebagai  ejen  kesedaran  terhadap  martabat  insan.  Kesedaran

                terhadap  ilham  itu,  menyingkapi  aprisiatif  kemuliaan  manusia  menerusi

                kesepaduan ilmu dan kependidikan. Hanya kesedaran sepadu ilmu.



                dan  didik  mampu  melerai  cengkaman  terhadap  umat  tertindas,

                membebaskan  hamba  terhadap  metarialistik  dan  memperbetulkan

                kepincangan sistem sosial manusia.



                Mengarap kemerdekaan akal dan jiwaraga, harus disyukurkan, dipelihara

                dan  diperbaharui.  Tiga  elemen  tersebut  adalah  tindak-gerak  dan

                kewaspadaan atas segala gejala yang menjerumuskan akal terbelenggu.

                Hakikat  itu  seperti  ilham  Malik  Bennabi  bahawa  penjajahan  berpunca

                daripada kerosakan masyarakat peribumi atas ketidakseimbangan berfikir

                dan  menolak  kematangan  tindakan.  Dua  perkara  ini  membentuk  watak

                rakus  dan  buas  yang  akan  merangsang  dan  membuka  ruang  kepada

                penjajah untuk bertindak.



                Ketidaksedaran  manusia  terhadap  ciri-ciri  pembelengguan  pemikiran

                seakan redha untuk dijajah dan dijarah akal dan maruah. Penjarahan yang

                berlaku  memutik  kembali  penjajahan  mental  seperti  apa  yang

                digambarkan oleh al-Qutb sebagai hazimatu ‘n-nafsiyyah iaitu terkalahnya

                psikologi  sekaligus  wujud  rasa  tidak berdaya mempertahankan maruah

                dan harga diri. Terkalahnya mental akibat ketewasan sikap  berfikir yang


                                                             81
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92