Page 89 - Koleksi Penuh.Updated
P. 89

memberi maksud kemiskinan dalam pelbagai bentuk namun beliau tetap

                mengangkat  kemiskinan  intelektual  dan  spiritual  sebagai  tema  besar

                terhadap penjajahan dan pembelengguan jiwa manusia.



                Za’aba  turut  menyentuh  penjajahan  minda  dengan  istilah  kemiskinan

                pemikiran  yang  memberi  imej  sama  dengan  apa  yang  dicetuskan  oleh

                Malik Bennabi melalui istiqlal al-‘aql(kemerdekaan minda). Istiqlal terhadap

                minda memberi cetusan kepada arah membina tamadun dan hampir pasti

                menutup  ruang  perilaku  ganas  dan  liar.  Keterjajahan  minda  kemudian

                diluaskan oleh Al-Atas menerusi the captive mind. Apa yang digarap oleh

                Al-Atas,  merumuskan  golongan  terpelajar  juga  punya  kemiskinan  dan

                keaslian minda dan keintelektualan. Mereka hanya tahu mengubah suai

                hak orang lain tanpa melahirkan sesuatu yang baharu.




                Usaha  mengembalikan  minda  terbelenggu  perlu  diisi  dengan  amanat

                memerdekakan  akal  daripada  kemeruduman  dan  kegelapan  jiwa

                perhambaan.  Membangun  dan  membangkit  jiwa  dan  minda  merdeka

                memerlukan kehalusan al-din(syariat) sebagai satu visual kehidupan yang

                terpandu  melalui  jalan  agama.  Apa  yang  harus  diutamakan,  adalah

                membina  kekuatan  agama  yang  mewajahkan  justifikasi  pembebasan

                daripada  kegelapan  kepada  kecerahan  minda  dan  jiwa.  Manusia  harus

                konstruktif untuk mencapai kompetansi itu supaya proses mencerahkan

                akal daripada pembelengguan punya upaya dan kekuatan.



                Pesona  hitam  pembelengguan  hakikatnya  adalah  realiti  yang  berubah-

                ubah dan datang dengan berbeza- beza seperti apa yang dimahsyurkan




                                                             83
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94