Page 83 - Koleksi Penuh.Updated
P. 83

Majmu’ al-Rasail (2018) telah pun menyedari hal ini lalu mengatakan bahawa

              pemuda adalah tunjang kebangkitan umat. Para pemuda juga adalah rahsia

              kebangkitan  kepada  mana-mana  fikrah  perjuangan.  Lalu,  beliau

              mengungkapkan  pesanan  penting  berkenaan  ciri-ciri  pemuda  yang

              diperlukan:



              ”Sesungguhnya  sesuatu  fikrah  itu  hanya  boleh  berjaya  bila  mana  terdapat

              pengikut-pengikut  yang  yakin  penuh  dengan  ajarannya,  yang  benar-benar

              ikhlas  dalam  usaha  menegakkannya,  yang  mempunyai  semangat  yang

              berkobar  untuk  mempertahankan  kewujudannya  dan  di  samping  itu  ada

              kesediaan yang mendorong mereka ke arah berkorban serta terus bertindak

              menjayakannya.  Keempat-empat  rukun  tersebut;  keyakinan,  kejujuran,

              semangat dan tindakan adalah ciri-ciri utama pemuda”.



              Kesimpulannya,  pembentukan  generasi  muda  dalam  usaha  meneruskan

              usaha dakwah adalah agenda yang perlu menjadi keutamaan. Tanpa penerus

              usaha dakwah dalam kalangan pemuda, maka sukarlah usaha untuk menjana

              kebangkitan umat. Di samping itu, pentingnya peranan murabbi sebagai orang

              yang berpengalaman dalam lapangan dakwah untuk menarik minat golongan

              muda agar mereka bersedia untuk menerima latihan menjadi pendakwah yang

              mampu  mencetus  perubahan  dan  kesedaran  dalam  kalangan  masyarakat.

              Marilah kita merenung sejenak, adakah kita sudah mempersiapkan angkatan

              pemuda dakwah sebagai pelanjut risalah agung ini ?










                                                             77
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88