Page 78 - Koleksi Penuh.Updated
P. 78
keberanian ghulam menggunakan taktik rahib itu berjaya menyembunyikan
hubungan mereka sehingga ghulam selesai menuntut ilmu daripadanya.
Keadaan ini turut menzahirkan kebijaksanaan rahib iaitu menyelesaikan
masalah yang timbul agar sesi pengajarannya kepada ghulam tidak
terganggu. Walaubagaimana pun, harus diakui bahawa hubungan erat antara
rahib dan ghulam adalah kunci kepada keberkesanan pengajaran rahib.
Ghulam mempunyai sifat kepercayaan yang tinggi kepada rahib hingga sudi
menceritakan masalah yang dihadapinya. Jika situasi ini tidak berlaku,
berkemungkinan ghulam berputus asa daripada meneruskan pertemuannya
dengan rahib. Lebih buruk lagi, ghulam berpotensi mendedahkan pergerakan
rahib lebih awal sehingga menjejaskan mesej dakwah yang ingin
disampaikan.
4. Keyakinan dalam Dakwah
Ghulam tiba di persimpangan kebenaran antara ajaran ahli sihir dan rahib.
Ketika orang ramai diganggu oleh seekor haiwan, ghulam berdoa kepada
Allah SWT untuk membulatkan keyakinannya kepada ajaran rahib mirip
permintaan Nabi Ibrahim a.s yang memohon kepada Allah SWT agar diberikan
kemantapan iman dalam hati melalui surah al-Baqarah ayat 260:
َٰ
ۡ
َ ۡ
ۡ
ۡ
ٗ
َ
ۖ
َ
ۡ
ه
ۡ ل َ ع ۡ جٱ هم ُ ث َكۡيَل إ هنُه ۡ رُصَف رۡيطلٱ َن م ة َ عَب ۡ رأ ذُخَف َلاَق ۖ ي بلَق هن ئ َ مطَي ل ن كَلو َٰ ىَلَب َلاَق ۖ ن م ۡ ؤُت ۖ ن م ۡ ؤُت ۡ مَل وأ َلاَق َٰ ىَت ۡ و َ ملٱ ي ۡ حُت َ فۡيَك ي ن رأ ب َ ر ُ م ٔ ه َٰ رۡب إ َلاَق ذ إو َ
َ
َ
َ
ۡ
َ
ۚ
َ
٢٦٠ ٞ مي كَح ٌزي زَع ه للَّٱ هنأ ۡ مَل ۡ عٱو اٗيۡعَس َكني تأَي هنُهُع ۡ دٱ هم ُ ث ا ٗ ء ۡ زُج هنُه ۡ ن م ٖ لَبَج لُك َٰ ىَلَع
َ
َ
”Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata: Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku
bagaimana Engkau menghidupkan orang mati. Allah berfirman: Belum
yakinkah kamu ? Ibrahim menjawab: Aku telah meyakininya akan tetapi agar
hatiku tetap mantap dengan imanku”.
72