Page 73 - Koleksi Penuh.Updated
P. 73
Hal ini menyebabkan ghulam lewat tiba ke tempat ahli sihir. Ghulam telah
dipukul oleh ahli sihir disebabkan kelewatannya itu. Hal tersebut diadukan oleh
ghulam kepada sang rahib. Ghulam dinasihatkan jika lewat ke tempat ahli
sihir, berikan alasan keluarga menghalanganya keluar lebih awal. Jika lewat
tiba di rumah, katakan pengajaran ahli sihir lambat selesai. Berterusanlah
situasi itu sehingga tiba pada suatu hari, muncul seekor haiwan yang
mengganggu orang ramai di jalanan. Ghulam ingin menguji ilmu yang
dipelajari daripada rahib dan ahli sihir. Ternyata, ilmu daripada rahib telah
berjaya membantu ghulam membunuh haiwan tersebut. Rahib memberi
amaran kepada ghulam agar merahsiakan identiti sang rahib setelah peristiwa
itu berlaku.
Keberanian ghulam telah menarik perhatian seorang pembesar raja yang
buta. Beliau meminta ghulam menyembuhkannya. Ghulam menegaskan
bahawa yang boleh menyembuhkan penyakit ialah Allah SWT bukan dirinya.
Pembesar itu sembuh setelah menyatakan keimanan kepada Allah SWT.
Lalu, kesembuhan beliau itu telah menarik perhatian raja pula. Bermula dari
saat itulah, terbongkar identiti rahib yang mengajarkan keimanan dan tauhid
kepada ghulam. Beliau telah dibunuh dengan perintah raja. Setelah itu,
ghulam pula menjadi sasaran raja untuk dibunuh. Raja memerintahkan
tenteranya supaya ghulam dicampak dari atas bukit dan ditenggelamkan di
lautan. Namun, ghulam masih tidak berjaya dibunuh. Lalu, ghulam sendiri
yang mencadangkan kepada raja cara untuk membunuhnya.
Raja menurut cadangan ghulam. Sebelum ghulam dibunuh, orang ramai
dikumpulkan untuk menyaksikan peristiwa tersebut. Raja pun melaksanakan
hukuman bunuh kepada ghulam. Orang ramai yang menyaksikan kematian
67