Page 71 - Koleksi Penuh.Updated
P. 71

Demikian juga penegasan daripada Hamka (1987) bahawa umat Islam adalah

              umat  dakwah  yang  bertanggungjawab  melaksanakan  kemaarufan  dan

              mencegah kemungkaran berasaskan keimanan kepada Allah SWT.



              Namun,  di  sebalik  kecanggihan  teknologi  yang  dikecapi  hari  ini,  timbul

              persoalan  mengenai  sikap  umat  Islam  terhadap  dakwah.  Walaupun  gaya

              hidup  manusia  telah  mengalami  perubahan,  namun  tanggungjawab

              melaksanakan  dakwah  tidak  pernah  gugur.  Justeru,  kewajipan  terhadap

              dakwah harus dipertahankan sesuai dengan matlamat dakwah. Ia tidak wajar

              tenggelam  dengan  daya  tarikan  yang  melalaikan.  Sekalipun  sukar,

              melaksanakan  tanggungjawab  dakwah  wajar  mengambil  kira  realiti  masa,

              tempat dan sasaran dakwah tanpa menghilangkan ketulenan isi kandungan

              yang disampaikan. Jelas sekali bahawa terdapat keperluan mendesak agar

              semangat dakwah diperbaharui semula sesuai dengan keperluan semasa.



              Maka,  aspek  utama  yang  menjamin  kelangsungan  dakwah  ialah  aspek

              pendakwah  itu  sendiri.  Jika  mengambil  kira  umur  manusia,  sudah  pasti

              penyampaian  dakwah  mempunyai  tarikh  luput  tertentu.  Natijahnya,  usaha

              dakwah akan terhenti seterusnya menghalang penyebaran dakwah kepada

              generasi berikutnya. Jika situasi ini berlaku, akibatnya amatlah buruk. Manusia

              bakal hilang panduan untuk menyusun kehidupan mengikut landasan yang

              dikehendaki oleh agama. Lantaran itu, sejarah menyaksikan kebangkitan para

              Sahabat  yang  meneruskan  usaha  dakwah  Nabi  Muhammad  SAW.  Usaha

              penerusan  itu  berlangsung  sehinggalah  dakwah  Islam  berjaya  menembusi

              segenap pelusuk dunia sehingga kini.







                                                             65
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76