Page 66 - Koleksi Penuh.Updated
P. 66

pegawai tadbir dan ada yang kampung biasa. Semuanya itu digembleng dan

              ini mencetuskan matlamat perjuangan, sehingga menjadi semak dan imbang.



              Kalau pun tidak kita menjadi benchmark, kita hendaklah jadi standard. Maka

              yang pertama

              al-marhum Siddiq Fadzil tegaskan adalah pembinaan sahsiyah pada individu

              muslim. Ini merupakan asas pertama ke arah satu kehidupan serba Islamiyah

              yang luas.



              Sebab  itu  kita  buka  institusi  seperti  Institusti  Pendidikan  Yayasan  Anda,

              Institusi Sofar, TASKI, SERI dan sebagainya. Walaupun sesetengah itu kita

              menyewa bangunan, tetapi sedikit sebanyak kita berjaya membentuk islamic

              personality  kepada  guru-guru  ,  para  pelajar  dan  staf-staf.  Mereka  ini  yang

              menjadi agen yg membawa elemen  individu  muslim di kampus-kampus. Apa

              tandanya?  Mereka  ke  universiti  dengan  pakaian  islamik,  bertudung  yang

              sebelumnya tidak ada. Pada tahun 1977, 1978, 1976, kalau ada pun yang

              bertudung  hanya  sangkut  di  kepala,  walaupun  mereka  yang  dari  sekolah

              agama. Tetapi dengan risalah mesej pembinaan sahsiah islamiyah ini, kita

              menjadi perhatian umat, sampai mereka istilah kan "hah , ini orang dakwah".

              “siapa menantu miker? orang dakwah.” Zaman itu, perkataan “orang dakwah”

              itu jadi sebutan kerana kita yang mencetuskan suasana. Masa itu orang hanya

              lihat agama itu solat tetapi bagi kita agama itu cara hidup, lifestyle, itu bezanya

              bgaiamana kite menapak dan melangkah.



              Sebab  itu  matlamat  perjuangan  sangat  penting  untuk  jemaah  kita,  selain

              daripada menggerak, menyatukan saf pimpinan pusat, negeri sampai ke unit

              usrah. Kalau dalam konteks kita, unit usrah, yg dihadiri tidak sampai 10 orang.


                                                             60
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71