Page 64 - Koleksi Penuh.Updated
P. 64
Al-marhum Siddiq Fadzil menegaskan komitmen kita kepada penghayatan
Islam, manhaj robani sebagai tatahidup, sebagai system hidup - way of life –
yang melandasi dan mendominasi segala spektrum kehidupan; perlukan
komitmen yang serius. Ini selari dengan ikrar yang serius: “Kami tidak
mengabdikan diri melainkan hanya kerana ALLAH dengan kepatuhan yang
tulus kepadanya walaupun ada pihak orang kafir yang tidak senang.” Inilah
matlamat perjuangan yang mesti disematkan dalam menjalankan aktiviti-
aktiviti samaada muktamar, usrah, tamrin, seminar dan sebagainya.
Matlamat ini perlu sentiasa segar, seolah-oleh seperti didalam satu
perjalanan. Apabila matlamat ini diletak, ditentukan, defined, maka kita tahu di
mana kita berada dan boleh ukur pencapaian. Contohnya, jika dalam
perjalanan ke sebuah bandar, jika dia singgah berhenti, dia masih boleh ukur
sejauh mana perjalanannya, kerana dia mempunyai matlamat iaitu destinasi
ke bandar itu. Tetapi jika dia tiada destinasi, maka dia pasti tidak tahu
ukurannya.
Itulah pentingnya matlamat dan niat. Innamal ‘amalu binniyat. Bukan hanya
ibadat-ibadat biasa sahaja yang perlukan niat, tetapi seluruh hidup, seperti
yang ditekankan oleh al-marhum Siddiq Fadzil Ketika mengulas ayat dari
Surah Luqman, dimana Luqman berpesan kepada anaknya untuk tentukan
objektif hidup. Bukan makna hidup ini tanpa tujuan. Sebab itu matlamat ini
digariskan oleh al-marhum Siddiq Fadzil ketika memimpun ABIM diawal 80-
an, ketika itu kita belum ada Bank Islam, tiada universiti Islam, tiada takaful,
baru nak mulakan TASKI dan sekolah kita baru sahaja hendak establish.
58