Page 67 - Koleksi Penuh.Updated
P. 67

Kalau di Perak ada Unit Keledang, Menglembu, ada Unit Jabatan Lembaga

              Air ada usrah masing-masing.

              Jabatan Agama Negeri Perak pun ada usrah ABIMnya. Begitulah bagaimana

              kite merealisasikan pembinaan sahsiah Islamiah.



              Kata  al-marhum  Siddiq  Fadzil  pembinaan  ini  harus  meliputi  semua  aspek,

              sekaligus,  mengimbangi  rohani,  jasmani  dan  aqli  manusiawi.  Proses

              tarbiyyah, yang disebut islahun nafs, pembaikan jiwa, merubah jiwa ini supaya

              menjadi tenang dan mendominasi nafsu. Amarah atau walamah, kita ubah

              menjadi nafsu mutmainnah yang berciri:-



                  (1) Kuat tubuh nya. ABIM ketika itu, jika soal physical fitness, samaada

                      perbincangan  dari  sudut  kesihatan,  diperlukan  untuk  mengembleng

                      masyarakat. Ini ciri-ciri sahsiyah yang diutarakan oleh al-marhum Siddiq

                      Fadzil.



                  (2) Kukuh moral dan integriti. Moral ini boleh turun naik setelah diuji. Kita

                      ikuti kisah Saidina Umar menguji seorang pengembala kambing. Umar

                      bertanya  kepada  pengembala  kambing  berapa  harga  kambing  itu.

                      Pengembala menjawab 1000. Umar pun beri 1000 dan berkata, “Beri

                      aku  kambing  itu.”  Jawab  pemgembala  kambing,  “Saya  ini  seorang

                      pemgembala,  bukannya  Tuan.  Tuan  kambing  ini  ada  dirumah.  Lalu

                      Umar menghasut, “Ada orang keliling? kamu dengan saya sahaja. Ambil

                      wang  ini  dan  nanti  laporkan  kepada  Tuanmu  yang  kambing  telah

                      dibaham serigala. Tetapi dengan tegas pengembala kambing ni seorang

                      remaja menjawab. “Tetapi di mana Allah?” Jelas pengembala kambing





                                                             61
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72