Page 63 - Koleksi Penuh.Updated
P. 63

Artikel ini merupakan Artikel Am yang merupakan catatan kuliyyah Tafsir Maudhuiy oleh
                  al-fadhil Ust Mohamd Tarmizi Abdul Hamid pada 12 Disember 2021 yang disiarkan
                                              secara live streaming di talian


                                     Merealisasi Matlamat Perjuangan

                                                            oleh
                                              Mohamd Tarmizi Abdul Hamid


              Kita  hendaklah  mengikuti  perjuangan  ini  dan  menjadi  pengikut  perjuangan

              yang setia, mudah-mudahan kita mendapat hidayah dan bimbingan. Begitulah

              garis-garis besar haluan perjuangan yang diletakkan oleh al-marhum Siddiq

              Fadzil. Kita hendaklah menjadi penerus misi Gerakan bensar Islamiyah.



              Perjuangan besar ini dikaitkan dengan jurubicara Mujahidin dalam Angkatan

              Al-Qadissiyah  yang  ketika  ditanya:  Apakah  matlamat  perjuangan  kamu?

              Apakah    perjuangan  ini  hendak  menjajah?  Untuk  menguasai  manusia?

              Adakah untuk kekayaan? Maka Rob’i ibn ‘Amir menjawab: “Sesungguhnya

              ALLAH mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki-

              NYA daripada menyembah sesama manusia (perhambaan sesama manusia)

              kepada penyembahan kepada ALLAH yang esa.”. Begitulah perjuangan untuk

              freedom  yang  telah  digagaskan  seawal  daripda  kezaliman  agama-agama.

              Contohnya, tiada hak untuk wanita dan anak-anak perempuan. Begitu juga di

              zaman  pra-Islam,  zaman  firaun,  yang  membunuh  anak-anak  lelaki.  Maka

              datanglah setiap Rasul untuk membebaskan perhambaan sesame manusia.

              Itulah garis besar perjuangan yang diungkapkan oleh Rob’i ibn ‘Amir: “wa min

              juril adyan ila adlil Islam”.








                                                             57
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68