Page 58 - Koleksi Penuh.Updated
P. 58
mencuri buah kelapa sawit dari ladang besar yang bersempadan dengan
perkampungan mereka. Mereka memberitahu saya bahawa pihak ladang
akan memusnahkan jambatan atau sebagainya jika melibatkan tanah ladang.
Dalam erti kata lain, pihak ladang tidak akan bertolak ansur jika mana-mana
bahagian tanah ladang mereka digunakan oleh penduduk kampung bagi
sebarang tujuan. Kerana itu mereka melarang saya meneruskan niat
membuat jambatan kecil. Ternyata sikap takut sangat mendominasi komuniti
ini. Mereka hanya merasa cukup menggunakan jambatan kayu sedia ada
daripada menempuh cabaran baru semata-mata kerana sebuah jambatan
baru!
Sungguhnya, itu antara gambaran dalam bentuk tekanan psikologi oleh
sebahagian kecil masyarakat tanpa dokumen di daerah baru tempat saya
ditugaskan. Mereka tidak memiliki sebarang pengenalan diri. Tiada kad
pengenalan, tiada surat kelahiran, tiada pasport dan sebarang dokumen yang
menyatakan biodata mereka. Kumpulan masyarakat ini hanya menyatakan
secara lisan bahawa diri mereka daripada etnik Suluk, Bugis, Bajau dan lain-
lain. Namun masih tiada dokumen ‘hitam putih’ jika diminta membuktikannya.
Atas sebab ketiadaan itu, mereka hilang kekuatan diri untuk menuntut hak dan
keadilan. Psikologi mereka telah sebati sebagai komuniti tanpa dokumen.
Mereka tidak berhak menuntut itu dan ini. Seolah-olah, cukuplah mereka hidup
sebagai warga tanpa sebarang hak yang hanya kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang.
52