Page 53 - Koleksi Penuh.Updated
P. 53

langsung membuktikan Al-Khawarizmi telah memberi sumbangan yang besar

              dalam bidang matematik dan astronomi.


              Beliau telah menghasilkan dua buah karya astronomi dan diterjemahkan ke

              bahasa  Latin  yang  mempunyai  pengaruh  yang  besar  kepada  muslim  dan

              kristien di Sepanyol.  Antaranya ‘Kitab al-Tarikh’ dan ‘Kitab al-Rukhmat’ (buku

              berkenaan  alat  yang  menunjukkan  waktu  dengan  bayangan  matahari).

              Khalifah  al-Makmum  telah  melantik  al-Khawarizmi  sebagai  penasihat

              astronomi dan bertugas di balai cerap yang didirikan oleh baginda di Baghdad.





              Al-Khawarizmi dilaporkan hidup di pinggir Kota Baghdad pada zaman Khalifah

              al Makmun (197-218H/813-833M) ketika pemerintahan kerajaan Abbasiyah.

              Khalifah al Makmun yang merupakan seorang tokoh ilmuan terkemuka pernah

              menjadi  sahabat  karib  kepada  al-Khawarizmi.  Beliau  telah  melantik  al-

              Khawarizmi  sebagai  seorang  ahli  “Bayt  al-Hikmah”  (House  of  Wisdom)  di

              Baghdad.    Hampir  sebahagian  besar  kejayaan  yang  dicapai  oleh  al-

              Khawarizmi  seperti  dalam  bidang  Astronomi  dan  al-Jabar/al-Jibra  telah

              didekasikan kepada Khalifah al-Ma'mun.  Hal demikian menyebabkan khalifah

              al-Makmun memberi perhatian terhadap karya-karya yang dihasilkan oleh al-

              Khawarizmi dengan memberi pelbagai penghargaan kepadanya.






















                                                             47
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58