Page 51 - Koleksi Penuh.Updated
P. 51
Menurut Mat Rofa Ismail dalam bukunya ‘Matematik Merentas Tamadun’
tujuan al-Jabar diasaskan adalah disebabkan desakan bahawa umat Islam
perlu mempunyai satu sistem pengiraan yang teratur untuk pembahagian
tanah, pengiraan zakat, wasiat, perkongsian perniagaan dan pengukuran
tanah. Dengan ini aljabar merupakan ilmu yang dikaitkan dengan ibadat dan
atas sebab inilah ilmu ini dikategorikan sebagai ilmu Fardhu Kifayah dalam
skema ilmu Islam yang dipelajari di masjid dan Pusat Pengajian Tinggi Islam
sepanjang zaman kegemilangannya.
Al-Khawarizmi juga telah membangunkan bidang ‘trigonometri’ iaitu ilmu
matematik mengenai sudut dan sempadan segi tiga yang mengandungi fungsi
sin. Beliau orang yang pertama memperkenalkan teori jibb (sinus), tajibb
(kosinus), dhill (kotangen) dan tadhlil (tangen) dan beliau telah membuat sifir-
sifir fungsi trigonometri ini.
GEOGRAFI
Dalam bidang geografi Al-Khawarizmi telah membetulkan pandangan Ptolemy
mengenai geografi termasuk dalam melakar peta dunia. Beliau adalah saintis
pertama melakar peta dunia pada tahun 830M. Menghasilkan karya geografi
– ‘Kitab Surat al- Ard’ yang memberi gambaran tentang bumi. Kitab ini telah
diterjemahkan bersama petanya ke dalam bahasa lain.
Peta tanah arab yang dilakar oleh Al-Khawarizmi
45