Page 46 - Koleksi Penuh.Updated
P. 46
Lantas beliau bertanya kepada saya berkenaan ucapannya. Saya memujinya
dan menyatakan bahawa sebahagian diterjemahkan dengan baik. Beliau
menyampaikan ucaptama dengan penuh ilmiah dan hikmah yang tinggi.”
“Kami tertarik dengan ucapan yang dikemukakannya pada kepada
khalayak masyarakat dan pemimpin negara sempena anugerah Tokoh
Maal Hijrah Antarabangsa 1441H di PICC pada 1 September 2019.
Antara ucapannya:
• “Pada setiap zaman, terdapat suatu kewajipan dan tuntutan
tugas yang mesti dilaksanakan. Tugas tersebut ialah suatu
cabaran besar kepada manusia yang hidup pada waktu tersebut.
Kewajipan yang berbeza-beza sepanjang waktu ini, terhasil
daripada realiti semasa yang sentiasa terikat dengan
kemaslahatan dan kemudaratan.”
• “Sehubungan itu, kewajipan masa kini adalah kewajipan untuk
memperjuangkan keamanan. Semua manusia pada ketika ini,
lebih-lebih lagi dunia Islam, sangat memerlukan keamanan.
Beberapa insiden hitam yang telah berlaku sejak kebelakangan
ini, menuntut kita semua supaya bersama-sama menggembleng
usaha dan tenaga demi memadamkan api peperangan yang
sedang marak menyala, setelah itu membentuk ketenangan
dalam hati dan jiwa manusia. Kewajipan masa kini ialah usaha
membasmi ekstremisme dan terrorisme.”
• “Demikianlah matlamat yang kami ingin capai, menerusi pelbagai
idea dan inisiatif. Di mana sahaja kami berada, seruan kami
hanyalah satu iaitu seruan kepada keamanan dan bukannya
peperangan. Seruan kepada keharmonian dan bukannya
40