Page 45 - Koleksi Penuh.Updated
P. 45
ada dari segi matan, syarah, hawasyi dan manzumah yang pelbagai. Namun,
beliau juga seorang yang alim dalam bidang Fiqh Umum serta Fiqh Muqaran.
Beraqidah salafi akan tetapi beliau juga seorang ahli sufi yang rabbani yang
memahami realiti semasa.”
Dr Yusuf al-Qaradhawi lagi kemudian memaklumkan : Beliau menghimpunkan
pada zaman kita asolah dan semasa. Seorang yang benar-benar memahami
usul yang sampai kepada turath. Seorang yang cukup arif yang menekuni
khazanah yang pelbagai sama ada dari segi Fiqh, Tafsir, Hadis, Tarikh, Adab
dan lainnya. Tetapi beliau bukanlah terasing daripada zaman kita. Ibn Bayyah
memahami yang terdahulu dan mu’asyasyah zaman sekarang serta
memahami masa depan.”
Sempena sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan pada 1 Muharram
1441 bersaman 1 September 2019 kerajaan Malaysia telah
menganugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah peringkat antara bangsa kepada
Syeikh Adullah bin Bayyah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antara
Bangsa, Putra Jaya (PICC)
Dato’ Sri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mantan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri sewaktu menjadi Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan:
“Saya telah menemuinya beberapa kali dalam Persidangan Antarabangsa
seperti anjuran Majma’ al-Fiqh al-Islami pada bulan Ramadhan yang lepas di
Makkah al-Mukarramah. Ketika bertemu pada pagi ini, saya diperkenalkan
sebagai Mufti Wilayah Persekutuan dan saya nyatakan yang saya hadir
seminar beberapa kali bersamanya. Jelas kelihatan, beliau begitu
bersemangat dan gembira dengan perkhabaran itu. Selepas majlis, saya
menemuinya sekali lagi untuk mengucapkan tahniah ketika sesi santapan.
39