Page 43 - Koleksi Penuh.Updated
P. 43

menghina  umat  Islam  yang  telah  diberi  peringatan  kepada  kita  oleh

                      Saidina Omar?



                      Keempat: Kenyataan tokoh sarjana Ahli Sunnah, al-Imam Ahmad bin

                      Hanbal  yang  beliau  kemukakan  kepada  penduduk  Baghdad  apabila

                      mereka mahu menggulingkan kerajaan Abbasiyyah ketika Khalifah Al-

                      Wathiq mengatakan bahawa al-Quran itu makhluk. Pesan Imam Ahmad,

                      maksudnya:  “Janganlah kalian menumpahkan darah kalian serta darah

                      pengikut       kalian       daripada        kalangan        orang-orang          Islam.

                      Pertimbangkanlah implikasi daripada perbuatan kamu ini.”



                      Bukankah hal yang kita lihat hari ini merupakan hal yang dilarang oleh

                      al-Imam Ahmad kepada penduduk Baghdad?



                      Saya berharap hati kalian sedar akan kesalahan diri berdasarkan empat

                      perkataan  yang  telah  saya  petik  ini.  Muhasabahlah  diri  kalian  dan

                      kembalilah  kepada  kebenaran,  kerana  kembali  kepada  kebenaran

                      adalah lebih baik daripada berdegil atas kebatilan.



                      Saya tidak menafikan bahawa kezaliman dan penindasan itu wujud dan

                      saya sendiri juga berusaha sedaya upaya saya untuk menghapuskan

                      kezaliman ini melalui saluran yang betul. Saya percaya bahawa peluang

                      untuk mendapat keadilan  dalam suasana aman lebih besar berbanding

                      peluang mendapatkannya ketika keadaan huru-hara dalam peperangan.

                      Peperangan dan fitnah yang berterusan ini mesti berhenti segera, agar

                      kita semua mendapat untung menikmati hidup di dunia ini dan bukannya

                      rugi di dunia serta rugi di akhirat.


                                                             37
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48