Page 38 - Koleksi Penuh.Updated
P. 38
Beliau adalah Setiausaha Agung Parti Rakyat Mauritania, yang merupakan
satu-satunya parti pemerintah daripada tahun 1970 sehingga 1978. Sekarang
beliau adalah Ketua Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu. Juga merupakan
Presiden Forum Mempromosikan Keamanan Dalam Masyarakat Islam dan
telah mengasaskan serta mengetuai 8 Hukama’ Muslimin bersama Syeikhul
al-Azhar Dr Ahmad Tayyib. Kedua-dua organisasi ini berpengkalan di Abu
Dhabi UAE. Beliau juga merupakan Prof. Kehormat Universiti King Abdul Aziz
Jeddah Arab Saudi.
Pada tahun 2015 beliau memberikan ucapan di Sidang Kemuncak Pemimpin
PBB di New York yang menekankan soal keamanan yang merupakan prioriti
penting dan kewajipan utama pada masa ini. Beliau juga pernah melawat
White House dan menyuarakan agar dkkembalikan hak rakyat Syria dan
golongan minoriti Islam di Myanmar. Syeikh Abdullah banyak menyampaikan
ceramahnya di serata dunia khususnya berkenaan Fiqh Minoriti (Fiqh
Aqalliyat) dan menyeru manusia ke arah keamanan dan keharmonian
bukannya peperangan atau keganasan.
Tema agung Syeikh Badullah dalam memperjuangkan keamanan ialah:
1. Persoalan Semasa (Wajib al-Waqt)
Beliau memeberi penekanan kepada realiti dan persekitaran masakini.
Seorang itu tidak digelar sebagai ‘mutakallim’ sekiranya dia hanya
pandai menaqalkan kata-kata ulam silam tetapi seorang mutakallim
ialah seorang yang mampu mengaplikasikan ilmu dan terdapat dalam
manhaj mutakallimin dan menggunakannya untuk mencapai matlamat
ilmu kalam iaitu mempertahankan agama dari serangan luar dan
menjawab segala masalah yang timbul. Begitu juga seorangfaqih yang
32