Page 36 - Koleksi Penuh.Updated
P. 36

Diklasifikasikan sebagai Artikel Am, tema yang dibawa penulis menyentuh kefaqihan Syeikh
               Abdullah bin Bayyah sebagai ahli dalam ilmu fiqah, falsafah, mantiq, bahasa Arab nahu,tafsir dan
                  sirah. Tokoh yang memperjuangkan persoalan kotemporari ini pernah disenaraikan sebagai

                                          antara 30 tokoh Islam yang berpengaruh.




                                       SYEIKH ABDULLAH BIN BAYYAH :

                                           PENYEBAR BUDAYA DAMAI

                                                            Oleh
                                                    Ustaz Yaakub bin Md. Din

              Syeikh  Abdullah  bin  Bayyah  satu  nama  yang  tidak  asing  lagi  dalam  dunia

              Islam dan dikenali ramai dengan manhaj beliau yang sederhana dan seruan


              yang bergema di serata dunia menyeru ke arah keamanan dan keharmonian.
              Seorang pakar dalam bidang fekah menurut tradisi mazhab Islam yang empat


              terutama  mazhab  Maliki.    Ketokohan  beliau  diperakui  oleh  pelbagai  aliran
              pemikiran Islam. Universiti Georgetown telah menamakan beliau antara 30


              tokoh  Islam  teratas  yang  berpengaruh  di  dunia  dari  tahun  2009  –  2016,
              manakala  pada  pada  edisi  tahun  2017  beliau  berada  di  tangga  10  teratas


              tokoh Muslim berpengaruh di dunia.


              Beliau dilahirkan pada tahun 1935 di Timbedra, Timur Mauritania.  Diasuh oleh

              bapa yang merupakan ulama besar Mauritania iaitu Syeikh Mahfuz bin Bayyah

              yang  juga  merupakan  ketua  Kesatuan  Ulama  Mauritania  yang  ditubuhkan

              selepas kemerdekaan negara tersebut.


              Beliau mempelajari ilmu fiqah, falsafah, mantiq, bahasa Arab nahu, tafsir, sirah

              dan lain-lain dari bapanya. Gurunya yang utama selain bapanya ialah Sheikh

              Ahmad bin Salim al-Syeikh yang bergelar ‘sibawaih’ zaman ini.  Syeikh telah






                                                             30
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41