Page 33 - Koleksi Penuh.Updated
P. 33
Artikel ini merupakan Artikel Am yang dicoret oleh Saudara Hafiz Shaimi tentang pemilihan
metodologi penyampaian dakwah anak muda mengikut peredaran zaman.
ANAK MUDA PENERUS MATA RANTAI PERJUANGAN DAKWAH
oleh
Hafiz Shaimi
Apabila berbicara soal pemuda atau belia, pasti akan memberikan satu
pandangan atau ekspresi yang menarik. Sekiranya ditanya kepada
masyarakat umum, netizen, para peniaga pasar malam atau pagi, mereka
yang hanya kais pagi makan pagi, atau golongan elitis yang tidur beralaskan
fulus juga pasti akan mengatakan anak muda aset yang penting, tonggak
harapan negara, dan pelbagai lagi kata-kata semangat dan pujian. Tetapi
sudah cukup berkualitikah anak muda/remaja kita pada hari ini? Sudah cukup
tangkas kah belia kita dalam pentas keilmuan dan keintelektualan pada masa
kini? Sekukuh manakah ekonomi yang mereka kecapi tanpa perlu berpenat
lelah dengan hanya menggunakan gajet iaitu dengan menjadi tik tokers,
youtoubers dan instafemes?
Sedarilah, marcapada ini masih jauh untuk kita menggapai slogan “Assyabab
Imadud Daulah” yang bermaksud pemuda tiang negara. Melihatkan situasi
anak muda yang semakin membimbangkan dengan kes-kes gejala sosial,
penagihan najis dadah, keruntuhan akhlak dan sebagainya amat merisaukan.
Sebagai salah seorang agen dakwah,perkara ini amat perlu diperhalusi dan
diinsafi bersama. Sejauh mana ‘sentuhan’ dakwah serta perubahan telah kita
bawa dan tawarkan kepada mereka. Perkara ini perlu dijadikan pentas
muhasabah oleh para ahli Gerakan Kesatuan Pelajar pelajar Islam Perak
27