Page 34 - Koleksi Penuh.Updated
P. 34
(KPIP) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Perak. Masih
banyak yang perlu kita perbaharui dan singkapi ramuan dakwah yang sesuai
kepada golongan ini. Adakah dengan cara atau pendekatan lama yang masih
kita gunakan walhal mereka sudah hanyut ditelan arus gajet dan kemodenan?
Di dalam tulisan ini, tertarik untuk saya bawakan pesanan ulung dari ulama’
terkemuka iaitu Syeikh Dr Yusof Al Qaradhawi iaitu :
“Apabila kita hendak melihat wajah sesebuah negara pada masa hadapan,
lihatlah generasi mudanya pada masa kini. Sekiranya golongan muda hari ini
adalah daripada kalangan berakhlak, tentunya sesebuah negara itu akan
datang adalah sebuah negara yang aman makmur, tetapi jika keadaan adalah
sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk
akan berlaku.”
Sebagai khatimah, kerja dakwah kita kepada anak muda belum beres. Masih
banyak yang perlu kita perbaharui dan naratif yang lebih segar lagi tuntas.
Melihatkan cabaran serta tribulasi yang perlu kita harungi untuk menyantuni
mereka tidak sama seperti mana abang-abang dan ayahanda-ayahanda kita
dalam WADAH. Cabaran kita dan mereka berbeza sama sekali terutama
dalam metodologi penyampaian dakwah. Oleh itu, marilah sama-sama kita
bulatkan tekad, satukan jiwa dan raga, gembeleng segala kudrat dan tenaga
yang ada bagi memastikan misi Tahriri (pembebasan) dan Tanwiri
(pencerahan) kepada umat dapat diteruskan serta memastikan Gerakan kita
kekal relevan sebagai harakah dakwah dan menjadi juru bicara ummah yang
konsisten.
28