Page 41 - Koleksi Penuh.Updated
P. 41
II. Menguatkan jalinan kasih sayang antara pelbagai agama, kaum
dan mazhab demi mewujudkan kestabilan dan keamanan.
III. Berusaha mencari jalan keluar kepada krisis yang melanda
negara Islam.
IV. Menguatkan lagi semangat kasih sayang, berdialog dan manhaj
kesederhanaan.
V. Mengenalpasti ajaran pelampau yang terpesong daripada
fahaman Islam yang sebenar yang sering menjadi pegangan puak
pengganas serta menjawab segala penyewengan dan syubhah
mereka.
Selain itu kesatuan ini juga bergerak ke pelbagai negara khususnya
negara yang mengalami krisis keganasan seperti di Nigeria dan Senegal
untuk menyebarkan mesej keamanan dan kesederhanaan serta untuk
berdialog dengan wakil-wakil kerajaan atau organisasi bebas. ‘Kafilah
Keamanan’ (Qafilah al-Salam) adalah projek yang dilaksanakan oleh
para ulama dalam Kesatuan ini. Mereka mengembara ke negara Barat
dan Timur untuk menyebarkan Islam yang murni. Antara dialog yang
terakhir ialah dialog antara timur dan barat (hiwar al-Sarq wa al-Ghrab)
yang telah dijalankan di Itali, Perancis dan Switzerland bersama tokoh
tokoh bangsawan dan agamawan dari dalam dan luar negara.
Nasihat Syeikh Abdullah bin Bayyah kepada pemuda:
Pertama: Memetik firman Allah dalam surah al-Baqarah, 2:201
ْ
ّٰ
ْ
ۗ
َداَسَفلا ُّب حُي َ لْ ّٰ اللّ و َلْسهنلاو َ ث ْ رَحلا َك لْهُيو اهْي ف َد سْفُي ل ض ْ رَ ْ لْا ى ف ىَٰعَس ىلوَت اَذ او َ
ُ
َ
َ َ
َ
َ
35