Page 42 - Koleksi Penuh.Updated
P. 42
“Dan apabila dia berpaling (dari engkau), dia berusaha untuk berbuat
kerusakan di bumi, serta merusak tanam-tanaman dan ternak, sedang
Allah tidak menyukai kerusakan.”
Bukankah mereka telah memusnahkan tumbuhan, haiwan ternakan,
membunuh orang tua dan juga wanita? Berdasarkan ayat ini tidakkah
perbuatan ini dibenci oleh Allah.
Kedua: Sabda Rasulullah yang bermaksud: “ Dengarlah amaran ku ini
janganlah kamu kembali selepas ketiadaan aku kepada kekufuran
dengan saling bunuh membunuh sesama sendiri”.
Para ulama berkata hadis ini bermaksud: Janganlah kalian saling kafir
mengkafirkan sesama sendiri lalu akan membawa kepada peperangan
dan pertumpahan darah. Gaya bahasa seperti ini jarang kali digunakan
oleh Baginda. Bukankah budaya takfir dan peperangan yang kita lihat
hari ini adalah hal yang dilarang sendiri oleh Rasulullah?
Ketiga: Kata-kata Saidina Umar RA: “Sesiapa yang membai’ah
seseorang tanpa melalui proses dan rundingan dengan orang beriman
maka orang yang membai’ah serta yang dibai’ah tidak perlu diikut.
Mereka berdua itu sebenarnya mendedahkan diri mereka sendiri untuk
dibunuh.”
Apakah orang yang ingin menjadi Khalifah hari ini telah berbincang
dahulu dengan dunia Islam ataupun dia sebenarnya mendedahkan
dirinya dan pengikutnya untuk diperangi? Bukankah ini perbuatan
36