Page 48 - Koleksi Penuh.Updated
P. 48

Artikel ini adalah Artikel Am yang dinukilkan oleh Ustaz Yaakub bin Md Din yang menceritakan
              tentang tokoh ahli matematik barat yang termasyhur iaitu Al Khawarizmi.



                               AL KHAWARIZMI TOKOH MATEMATIK ULUNG.


                                                            Oleh
                                                    Ustaz Yaakub bin Md. Din



              LATAR BELAKANG

              George Sarton adalah salah seorang sarjana matematik Barat menyatakan

              bahawa  al-Khawarizmi  adalah  salah  seorang  ilmuwan  terkenal  dan  terbaik

              pada masanya.  Beliau menggolongkan di antara abad keempat dan kelima

              adalah  sebagai  “Zaman  al-Khawarizmi”  ini  kerana  al-Khawarizmi  ternyata

              adalah salah seorang ahli matematik yang termasyhur pada masa itu.


              Nama  sebenar  al-Khawarizmi  ialah  Muhammad  Ibn  Musa  al-Khawarizmi.

              Selain itu, beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin

              Yussof.  Al-Khawarizmi  telah  dikenali  di  Barat  sebagai  al-Khawarizmi,  al-

              Cowarizmi, al-Ahawrizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara

              ejaan lagi. Beliau telah dilahirkan di Bukhara.


              Pada  tahun  780-850M  adalah  zaman  kegemilangan  al-Khawarizmi.  Beliau

              berketurunan Parsi. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal

              pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau lahir di Khawarism,

              Uzbeskitan  pada  tahun  194H/780M  dan  meninggal  tahun  266H/850M  di

              Baghdad.  Tarikh  kelahiran  dan  kematian  beliau  yang  tepat  tidak  dapat

              diketahui.








                                                             42
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53