Page 49 - Koleksi Penuh.Updated
P. 49
SUMBANGAN
MATEMATIK
Menurut Prof. Shaharir Mohamad Zain dalam buku ‘Pengenalan Tamadun
Islam Dalam Sains dan Teknologi’, al-Khawarizmi dianggap orang yang
bertanggungjawab tentang penemuan sistem angka yang kita pakai sekarang
ini, sekurang-kurangnya dari segi penggunaan, kemasyhuran dan
penyebarannya ke Barat. Memperkenalkan sistem nombor India (kini dikenali
angka Arab) yang digunakan sehingga kini iaitu 0 hingga 9. Angka-angka
tersebut menggunakan simbol-simbol yang mewakili nilai-nilai tertentu.
Satu perkara yang tidak dipertikaikan ialah tentang bagaimana tamadun Barat
terhutang budi kepada sistem angka muslim. Sarjana-sarjana Barat
mengetahui sistem angka ini menerusi buku al-Khawarizmi yang telah
diterjemahkan kepada bahasa Latin pada tahun 1120 berjodol ‘De Numero
Indorum’. 82 tahun kemudian Fibonacci (Leonardo Pisa), ahli matematik Itali
menerusi bukunya ‘Liber Abaci’ yang kandungannya memperkenalkan kepada
orang Barat tentang kebaikan sistem angka yang diperkenalkan oleh al-
Khawarizmi. Sebagai contoh perkataan ‘sifar’ (Bahasa Malaysia) berasal dari
43