Page 56 - Koleksi Penuh.Updated
P. 56
sebanyak sebelum berhijrah ke destinasi baru ini. Perbincangan serius
bercampur rasa takut dengan komuniti penduduk berdekatan lokasi bertugas
adalah ekoran keputusan saya untuk membantu mereka membina sebuah
jambatan kecil melintasi parit ladang sawit selebar empat kaki.
Komuniti kecil yang menempati perumahan mereka menumpang tinggal di
atas tanah-tanah kerajaan milik sebuah intistitusi pendidikan. Mereka
berjumlah seramai sekitar 50 orang yang terdiri daripada orang dewasa lekaki
dan wanita, remaja dan kanak-kanak. Rumah-rumah mereka terdiri daripada
bahan-bahan binaan yang sederhana dan ala kadar; berlindung daripada
panas dan hujan.
Begitu gambaran awal komuniti yang akan menjadi maudhu’ tulisan saya .
Komuniti kecil yang mempunyai bilangan rumah sebanyak sepuluh ini
merangkumkan warga yang berbeza etnik dan pembawaan. Komuniti kecil
inilah nantinya menjadi simbol kepada kerencaman penduduk di daerah ini
dan negeri Sabah amnya. Etnik Bajau, Bugis, Suluk, Tidung dan berpuluh
etnik yang lain hidup secara bersama-sama dalam suasana harmoni.
Berbalik kepada perbincangan awal yang berkait dengan komuniti kecil yang
berkisar kepada niat saya untuk membina jambatan kecil itu menggambarkan
bahawa masih terdapat komuniti-komuniti yang tercicir daripada arus
pembangunan meskipun negara telah mencecah lebih 60 tahun merdeka.
Mereka bukan sahaja tidak menikmati perkhidmatan bekalan air bersih, jalan
raya yang selesa, bekalan elektrik yang sewajarnya, jauh sekali
mengharapkan sekolah, masjid dan lain-lain kemudahan.
50