Page 57 - Koleksi Penuh.Updated
P. 57
Kunjungan saya ke kampung tersebut secara tidak sengaja menonjolkan
betapa daifnya komuniti yang terpinggir dan tersisih. Mereka masih
menggunakan sumber air sungai untuk segala macam aktiviti harian. Mandi,
minum, membersih diri dan pakaian terpaksa dilakukan di sungai yang
berjarak kira-kira sekitar 300-400 meter dari rumah. Seawal pagi, penduduk
kampung mengatur langkah ke sungai di cerun ladang sawit untuk melakukan
pelbagai aktiviti termasuk membuang najis di persisir laluan air sungai . Seusai
mandi-manda dan sebagainya, mereka pulang ke rumah dengan menolak
kereta sorong yang dipenuhi muatan tiga atau empat tong yang berisi air untuk
kegunaan di rumah kemudiannya.
kayu-kayan untuk binaan kenderaan membawa bahan-bahan binaan
Sewaktu mereka hendak ke sungai dan pulang, penduduk tua dan muda akan
melalui titian sebatang kayu belian yang dijadikan jambatan. Kayu belian yang
bersaiz empat inci lebar dan enam kaki panjang itu menjadi penghubung
perkampungan mereka dengan jalan menuju ke sungai berkenaan. Jambatan
kayu belian itulaj yang ingin diganti dan diperbuatkan jambatan lain untuk
memudahkan mereka berulang-alik ke sungai berkenaan.
Bila dicadangkan untuk dibuat jambatan dengan menggantikan kayu belian
tersebut, timbul bantahan kecil daripada komuniti kerana mereka takut dituduh
51