Page 59 - Koleksi Penuh.Updated
P. 59

Aktiviti utama komuniti tersebut
              Kelompok ini bukan menjalani hidup sebagai komuniti tanpa dokumen dalam

              tempoh  setahun  dua,  bahkan  sudah  puluhan  tahun  sejak  mereka

              bermustautin  di  bumi  bawah  bayu.  Mereka  menjalani  kehidupan  seharian

              tanpa pembelaan yang wajar. Membina rumah-rumah di tepi-tepi laut, tepi-tepi

              sungai  atau  kuala,  di  ceruk-ceruk  ladang  dan  kebun  semata-mata

              mengerjakan  sektor  pertanian  atau  perikanan  untuk  sara  diri  dan  keuarga.

              Segala hasil yang diperolehi hanyalah sekadar menjadi sumber pertukaran

              dengan masyarakat setempat bagi mengisi perut.


              Suasana yang saya gambarkan di atas merupakan permulaan terhadap usaha

              meneruskan usaha-usaha mendekati kelompok masyarakat tanpa dokumen


              dengan lebih mendalam. Mengkaji dan mempelajari  kehidupan masyarakat
              yang hendak kita teroka adalah sejajar dengan pesanan-pesanan jurudakwah


              terdahulu. Saya menyediakan keperluan dan membuat sedikit ‘homework’
              tentang sesuatu perkara untuk menjadi ‘tip’ yang sangat bermanafaat bagi


              memulakan pelayaran sebagai bekalan seperjalanan dakwah yang jauh dan

              belum tentu meraih kejayaan yang belum tentu kenal  menang kalahnya.










                                                             53
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64