Page 61 - Koleksi Penuh.Updated
P. 61

Bertemakan penulisan puisi daripada cetus rasa luhur, karya ini diklasifikasikan sebagai artikel
                sastera. Menerusi susunan aksara WADAH mengaspirasi kejernihan pada pendokong gerakan
                             yang sering mengilhamkan wacana segar yang mendahului zaman.


                                     WADAH, (Perjuangan yang tiada henti)

                                                            Oleh
                                                         Hj Md Razali

                   Hari-Hari berlalu, Meniti malam,


                   Meredah hari, Mendewasa umurmu,
                   Kelahiran & kehidupanmu


                   Yang memberi erti.



                   Engkau,
                   Tiada putus memberi erti,


                   Tiada jemu menabur bakti,

                   Kpd ummat dahulu & kini,

                   Mencerdas & mencerahi maknawi.



                   Da'i mu datang & pergi,

                   Silih berganti,

                   Menyambung fikrah Islami,

                   Membawa cahaya, memberi erti



                   Kalau cinta kami padamu umpama laut,

                   Maka ia adalah laut yg tidak bertepi,

                   Tiada hujung, tiada tempat berhenti,

                   Pemutus perjuangan hanyalah mati.






                                                             55
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66