Page 72 - Koleksi Penuh.Updated
P. 72

Justeru,  kelangsungan  dakwah  sewajarnya  dipikul  oleh  segenap  lapisan

              generasi  sama  ada  tua  atau  muda.  Hal  ini  kerana,  kejituan  penyampaian

              mesej  dakwah  menuntut  gabungan  pelbagai  pendekatan,  kemahiran  dan

              bakat  agar  dakwah  dapat  disampaikan  dengan  berkesan.  Tidak  dinafikan,

              kelangsungan  dakwah  berkait  rapat  dengan  kesinambungan  generasi

              pendakwah. Mata rantai perjuangan dakwah sewajarnya disambung kembali

              dengan kemas agar usaha dakwah sentiasa relevan. Penulis berpandangan

              bahawa hadis Ghulam Dakwah sesuai dijadikan rujukan asas untuk membina

              semula angkatan pendakwah muda. Oleh yang demikian, perhatian terhadap

              aspek  pembinaan  pendakwah  terhadap  kelompok  ini  seharusnya  menjadi

              agenda penting sebagai usaha meneruskan usaha penyebaran dakwah.





              RINGKASAN HADITH GHULAM



              Penulis  merujuk  kepada  tulisan  Hisyam  Saqr  (2011)  yang  telah  mengkaji

              sebuah hadith yang cukup penting dalam rangka mempersiapkan angkatan

              pendukung dakwah. Beliau menukilkan hadith daripada riwayat Imam Muslim

              dan  menjadikan  syarahan  Imam  Nawawi  terhadap  hadith  tersebut  sebagai

              rujukan. Umumnya, hadith ini menceritakan tentang seorang ahli sihir yang

              sudah lanjut usianya memohon kepada raja seorang remaja untuk diajarkan

              ilmu  sihir  sebagai  pewarisnya  kelak.  Raja  menunaikan  hasratnya  itu.  Lalu,

              bermulalah  sesi  pengajaran  sihir  kepada  remaja  yang  terpilih  itu.  Dalam

              perjalanan ke tempat ahli sihir, remaja atau ghulam telah singgah ke tempat

              seorang rahib dan belajar daripadanya.







                                                             66
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77