Page 77 - Koleksi Penuh.Updated
P. 77

”Dan sesungguhnya Kami telah mengutus seorang rasul untuk setiap umat

              bagi menyerukan: Sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut itu..”.



              Meneruskan kesinambungan dakwah para rasul beerti bersedia menghadapi

              risiko  dan  cabaran  yang  telah  pun  dilalui  oleh  mereka.  Bukan  sahaja

              menanggung  risiko,  malahan  juga  dakwah  adalah  daerah  yang  tidak

              menawarkan sebarang imbalan seperti yang dizahirkan melalui surah Yasin

              ayat 21:


                                                                                             َ
                                                                                ٢١   َنوُدَت ۡهُّم مُهو ا ٗ ر ۡ جأ  ۡ مُك ُ ل َ ٔ   ٔ  ۡ سَي  ه لْ ن َ م  ْ اوُع بهتٱ
                                                                                         َ

              ”Ikutilah orang yang tidak  meminta  imbalan kepadamu  dan mereka  adalah

              orang yang mendapat petunjuk”.



              Demikian  juga  perkara  yang  telah  dilalui  ghulam.  Bermula  dari  menerima

              pukulan oleh ahli sihir kerana kelewatannya sehinggalah kepada nyawa yang

              menjadi  taruhan  hanya  kerana  mempertahankan  keyakinan  dan  keimanan

              kepada Allah SWT.



              Inilah lumrah dalam perjuangan dakwah. Ujian adalah sebahagian daripada

              proses untuk mempersiapkan diri agar berupaya tampil ke tengah masyarakat

              untuk memikul amanah dakwah. Pada saat ujian melanda, ketika ini peranan

              murabbi  amat  mustahak.  Rahib  sangat  mengambil  berat  terhadap  beban

              hukuman  yang  dikenakan  oleh  ahli  sihir  kepada  ghulam.  Lantas,  beliau

              memberikan tunjuk ajar untuk keluar daripada situasi yang menekan jiwa dan

              fizikal ghulam. Saranan itu telah memberikan harapan kepada ghulam untuk

              terus  belajar  daripada  rahib tanpa  disedari  oleh  ahli sihir. Tambahan  pula,




                                                             71
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82