Page 74 - Koleksi Penuh.Updated
P. 74
ghulam lantas mengaku beriman dengan Allah SWT. Raja sungguh terkejut
dengan keadaan itu. Baginda memerintahkan supaya digali parit yang berapi
di dalamnya sebagai seksaan kepada sesiapa yang enggan kembali kepada
agama asal. Berduyun-duyunlah orang ramai yang beriman terjun ke dalam
parit berapi tersebut demi mempertahankan keimanan mereka termasuklah
seorang ibu yang membawa anak kecilnya yang masih menyusu turut terjun
ke dalam parit itu kerana memilih untuk bersama dengan kebenaran.
’IBRAH HADITH GHULAM
1. Kelebihan Masa Muda
Pengajaran daripada hadith ghulam bermula dari awal penceritaan hadith ini.
Nabi Muhammad SAW tidak menyebutkan nama individu, masa dan tempat.
Justeru, tumpuan penuh dapat diberikan kepada pengajaran yang ingin
disampaikan. Hal ini kerana, menghubungkan realiti sekarang dengan
pengalaman lalu adalah penting supaya persiapan menyediakan pendakwah
dapat dilaksanakan. Selain itu, sorotan utama harus diberikan kepada
peranan penting yang perlu dimainkan oleh generasi muda untuk memikul
beban dakwah dan menjana perubahan dalam masyarakat. Situasi ini selari
dengan komentar Hamka (1987) terhadap angkatan pemuda al-Kahfi yang
bangkit menyuarakan sikap mereka terhadap kebejatan akidah yang melanda
masyarakat ketika itu. Malah, pihak yang dihadapi oleh mereka sama seperti
pihak yang dihadapi oleh ghulam dalam hadith yang dibicarakan ini iaitu
pemerintah yang menafikan tauhid yang benar. Persamaan ini tidak berlaku
secara kebetulan. Pendirian tegas oleh golongan muda hakikatnya
berdasarkan kepada kelebihan yang sememangnya ada pada diri mereka iaitu
kemampuan tenaga dan semangat yang tinggi. Lalu, dua kelebihan ini
68