Page 79 - Koleksi Penuh.Updated
P. 79

Ghulam telah pun meyakini ajaran rahib melalui kesanggupannya mengatasi

              segala  risiko  yang  ada.  Ghulam  berdoa  dengan  menyebut  nama  Allah,

              menyebut ajaran rahib di awal doanya lalu berusaha mengatasi masalah yang

              berlaku demi kepentingan orang ramai. Ghulam tidak mengabui mata orang

              ramai  dengan  sihir.  Sebaliknya,  mengambil  batu  sebagai  sebab  dalam

              usahanya.



              Demikianlah keberkesanan dalam dakwah tidak berlaku dengan keajaiban.

              Usaha  dakwah  menuntut  cara,  kaedah  atau  strategi  yang  manusiawi  agar

              dakwah  mampu  disampaikan  dengan  berkesan  seperti  yang  ditampilkan

              melalui surah Maryam ayat 25:


                                                                                                    ۡ
                                                                                          ۡ

                                                                            ٢٥   ا ٗ  ي نَج اٗبَط ُ ر  كۡيَلَع ط ق َٰ سُت  ةَل ۡ خهنلٱ عذ   ج ب  كۡيَل   إ ي   زُهو َ
                                                                                           َ
                                                                                                          ٓ


              ” Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu
              akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu”.


              Dalam pada itu, situasi ini menunjukkan bahawa ghulam tidak mengasingkan

              dirinya daripada hal ehwal masyarakat. Ghulam bergaul dengan kehidupan

              masyarakat  sehingga  tahu  masalah  yang  dihadapi  oleh  mereka  lalu

              membantu menyelesaikannya.



                  5.  Keikhlasan dalam Dakwah

              Ghulam  menceritakan  peristiwa  yang  telah  dilaluinya  kepada  rahib.  Inilah

              contoh hubungan baik antara murabbi dan anak didiknya yang mengekalkan

              ukhuwah dan kasih sayang dalam pendidikan. Rahib menzahirkan sikap yang




                                                             73
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84