Page 3 - 1B1K
P. 3
PROGRAM 1BELIA 1 KEMAHIRAN (1B1K)
MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM)
Mengarus Perdanakan Pendidikan
Teknikal dan Latihan Vokasional
Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan
tinggi. Menerusi peruntukan di peringkat sekolah menengah
menerusi pendidikan teknikal dan vokasional, juga kepada
lepasan sekolah menengah dan menaiktaraf peralatan latihan
kemahiran dilihat sebagai pelengkap dalam konteks
membangunkan modal insan berkemahiran yang mempunyai
minda kelas pertama dan berpengetahuan tinggi.
Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia
Malaysia menyambut baik kesungguhan kerajaan untuk
pembangunan belia berkemahiran dalam usaha secara
holistik menjadikan Malaysia sebuah negara maju
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Saya
berkeyakinan peruntukan yang akan diagihkan kepada
semua kementerian yang menjalankan latihan kemahiran
mampu merealisasikan hasrat itu.
Sasaran negara mencapai 40 peratus tenaga kerjanya adalah
tenaga kerja berkemahiran tinggi akan tercapai menerusi
gerakan bersepadu semua institusi latihan kemahiran awam dan
swasta (ILKA/S). Ini benar-benar menjadikan Persijilan Kemahiran
Malaysia di martabatkan dan pelaburan domestik dan antara-
bangsa akan lebih meningkat dengan keyakinan sistem latihan
sedia ada mampu melahirkan tenaga mahir secara berterusan.
Pembangunan belia berkemahiran tidak hanya mencakupi
soal latihan sahaja, tetapi kelengkapan latihan yang
memenuhi keperluan industri juga perlu seiring. Saya melihat,
peruntukan yang diberikan oleh kerajaan adalah sebagai
pelengkap dalam melahirkan tenaga mahir untuk
keperluan industri. Dengan adanya peruntukan ini, institusi
latihan kemahiran awam terbabit seharusnya lebih
menumpukan kepada kursus atau program yang berkemahiran
tinggi atau pun yang mendapat permintaan tinggi indus-
tri seperti automotif, perhotelan, pelancongan, gas minyak
dan perkapalan.
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) adalah sebuah sistem
terbaik di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di
mana ianya melibatkan secara terus pihak industri di dalam
pembangunan latihan. Dengan adanya insentif ini,
diharapkan lebih banyak institusi latihan kemahiran swasta
(ILKS) akan tampil membantu kerajaan dalam melahirkan
lebih ramai lagi golongan belia berkemahiran. Pihak industri
yang seringkali mengeluh kerana kekurangan tenaga
kerja disarankan mendaftar sebagai rakan kerjasama menerusi
sistem ini yang diyakini mampu mengatasi masalah tersebut.
“BELIA PEMANGKIN MASA DEPAN NEGARA”
03