Page 5 - 1B1K
P. 5
PROGRAM 1BELIA 1 KEMAHIRAN (1B1K)
MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM)
Ucapan Presiden
Majlis Belia Malaysia
Ilmu pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan
dari segi falsafahnya, semua insan didunia ini mempunyai
hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila
berbicara mengenai peluang pendidikan terhadap
kelompok pelajar yang tercicir, mereka juga mempunyai
minat,hasrat dan cita-cita yang standing dengan golongan
yang lain. Mereka juga perlu diberi peluang yang sama
untuk pendidikan supaya mereka tidah tesisih daripada
arus pembelajaran nasional. Untuk merealisasikan hasrat
dan misi nasional, kini pihak kerjaan sedang berusaha gigih
dalam mempertingkatkan kualiti latihan kemahiran kepada
kelompok pejar yang tercicir di Malaysia supaya mampu
bersaing dengan pasaran pekerjaan.
SDR. MOHAMED MALIKI Kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
BIN MOHAMED RAPIEE Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak semasa
Presiden Majlis Belia Malaysia pembentangan Bajet 2013 untuk menyediakan peruntukan
kepada kelompok pelajar yang tercicir amat bertepatan
dengan hasrat untuk meningkat modal insan negara.
Peruntukan ini ditujukan kepada lulusan para belia yang
kurang cemerlang dan gagal untuk menyambung pelajaran,
berkemampuan untuk menguasai salah satu kemahiran
bagi membuka peluang kerjaya kepada mereka. Majlis
Belia Malaysia (MBM) seiringan dengan kerajaan turut
melahirkan rasa bimbang dengan masalah pelajar yang
mengalami keciciran daripada sistem persekolahan negara.
Walaupun peratusannya mungkin nampak kecil, yang
pasti, ia tidak seharusnya berlaku jika semua pihak
mengambil langkah pemulihan awal setiap tahun.
Justeru, cadangan kerajaan untuk menyediakan peruntukan
itu amat baik.
Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap masa
depan pelajar terbabit dan tidak hanya kepada kelompok
yang cemerlang akademik semata-mata. Apatah lagi
dalam realiti masyarakat yang terlalu memberi tumpuan
kepada kelompok pelajar cemerlang akademiknya. Adalah
suatu yang mendukacitakan jika kita masih beranggapan
bahawa, hanya pencapaian cemerlang dalam akademik
saja sebagai penentu kepada kejayaan dalam kehidupan.
Belia Aset Negara,
05