Page 4 - 1B1K
P. 4
PROGRAM 1BELIA 1 KEMAHIRAN (1B1K)
MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM)
Ucapan Menteri Belia
Dan Sukan, Malaysia
Assalammualaikum w.b.t.
Tahniah di ucapkan kepada jawatankuasa Khidmat
Masyarakat dan Rakan Muda (JKMRM) yang dibawah
kendalian Saudara Abdul Rizam Mohd kerana telah berjaya
menggerakkan jentera Program 1 Belia 1 Kemahiran (1B1K)
yang telah dimulakan pada awal tahun 2010 dibawah
kepimpinan Saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapie,
Presiden MBM.
Pada 15 Mei 2010, Program 1Belia 1Kemahiran ini telah
dilancarkan secara rasminya oleh YAB Tan Sri Hj Muhyiddin
Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sempena
Hari Belia Negara 2010 di Putrajaya.
YB DATO’ SRI AHMAD
SHABERY BIN CHEEK Semoga dengan terlaksananya program seumpama ini
Menteri Belia dan Sukan, akan dapat membantu golongan remaja di dalam mencari
Kementerian Belia dan Sukan. hala tuju masa depan mereka.
Melalui program ini juga mudah-mudahan pelbagai
andaian negatif mengenai pendidikan vokasional dapat
disangkal. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional
sebenarnya menyediakan landasan alternatif yang baik
bagi para pelajar merealisasikan potensi mereka. Seramai
100,000 lepasan SPM memasuki pasaran pekerjaan setiap
tahun tanpa latihan kemahiran. Bagi membolehkan mereka
mendapat pendidikan teknikal dan latihan vokasional,
kemudahan pendidikan teknikal dan latihan vokasional
akan dipertingkatkan.
Dalam hal ini, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan
dijadikan agensi tunggal dalam pembangunan dan
pengesahan kualiti kurikulum pendidikan teknikal dan
latihan vokasional. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pula
akan dijadikan persijilan kebangsaan yang diiktiraf bagi
kemasukan dalam perkhidmatan awam dan institusi
pengajian tinggi. Saya percaya, bahawa hal ini akan
meningkatkan keyakinan dan mendorong lebih ramai
lepasan sekolah melanjutkan pengajian dalam bidang
pendidikan teknikal dan latihan vokasional.
Semoga, para belia khususnya boleh mendapat banyak
manfaat melalui program ini dan seterusnya menjadi
belia yang cemerlang satu hari nanti.
Ilmu Melahirkan Belia Berwawasan Dan Berkualiti
04