Page 4 - BUKU PROGRAM MAJLIS APRESIASI & PERSARAAN
P. 4

Majlis Apresiasi
                                                                                                                                 Majlis Apresiasi
                                                                                                                                    & Persaraan
                                                                                                                                    & Persaraan
                                                                                                                                          B K P P   2 0 1 9   -   2 0 2 1 1
                                                                                                                                          B K P P   2 0 1 9   -   2 0 2
                Bismillahirrahmanirrahim.                                                                                         Permata Dihargai, Cemerlang Dirai
                                                                                                                                  Permata Dihargai, Cemerlang Dirai
                Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

                Alhamdulillah,  setinggi-tinggi  kesyukuran  dipanjatkan  ke  hadrat  Allah  SWT  kerana  dengan  izin  dan  limpah
                kurnia-Nya dapat kita bersama-sama menjayakan Majlis Apresiasi dan Persaraan BKPP bagi Tahun 2019 dan
                2020.


                Saya bagi pihak BKPP ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 3 pesara BKPP yang diraikan dan telah
                lama menabur bakti dan khidmat di BKPP dan sudi hadir ke majlis kita hari ini iaitu:


                (i) Cik Zaleha Binti Shaik Abd. Kadir;
                (ii) Encik Sakijan bin Arip; dan
                (iii) Encik Mohd Radzuan bin Othman

                Kepada penerima-penerima anugerah APC dan SPC BKPP Tahun 2019 dan 2020, saya berharap pengiktirafan
                dan  penghargaan  seumpama  ini  akan  menjadi  pembakar  semangat  kepada  saudara  dan  saudari  dalam
                memartabatkan  penyampaian  perkhidmatan  awam  yang  cemerlang  dan  seterusnya  menjadi  role  model  dan
                mentor terbaik kepada warga yang lain.

                Dalam pada itu, Majlis Apresiasi ini juga untuk menghargai semua yang ada di sekeliling kita - rakan sekerja
                dan ketua-ketua kita. Mereka yang ada di sekeliling kita bukan satu kebetulan, tetapi rahmat juga yang Allah
                berikan.


                Hadirin yang saya kasihi sekalian,

                Telah  setahun  kita  berada  dalam  pandemik  COVID-19  yang  banyak  mengubah  kehidupan  manusia  di  seluruh
                dunia. Alhamdulillah, negara kita telah dapat menguruskannya dengan baik disokong oleh perkhidmatan awam
                yang  tangkas  dan  cekap  bertindak.  Begitu  pun  usaha  berterusan  perlu  dilakukan  untuk  memperbaiki  kualiti
                perkhidmatan awam.


                Di  BKPP  sejak  setahun  lalu  banyak  pencapaian  yang  kita  dapat  realisasikan.  Segala  amanah  yang  ditugaskan
                telah  dilaksanakan  dengan  lancar,  Alhamdulillah,  walaupun  bekerja  dalam  suasana  pandemik,  bekerja  dari
                rumah, virtual dan sebagainya. Saya harap semua pencapaian ini memberi satu kepuasan yang bermakna kepada
                diri  tuan-tuan  dan  puan-puan  untuk  mengukir  lebih  banyak  pencapaian  dan  kemajuan  lagi  di  dalam  hidup.
                Terima kasih saya ucapkan dengan tulus ikhlas kepada semua unit yang berkhidmat dengan cemerlang sepanjang
                tahun bersejarah 2020. Semoga Allah menganugerahkan kita keberkatan sebagai amalan kepadaNya, Aamin.




                                          A r t w a l k                                                     P a g e   0 0
                                                                                                                                         M u k a   s u r a t   0 2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9