Page 5 - BUKU PROGRAM MAJLIS APRESIASI & PERSARAAN
P. 5

Majlis Apresiasi
                                                                                                                                 Majlis Apresiasi
                                                                                                                                    & Persaraan
                                                                                                                                    & Persaraan
                                                                                                                                          B K P P   2 0 1 9   -   2 0 2 1 1
                                                                                                                                          B K P P   2 0 1 9   -   2 0 2
                Hadirin yang saya kasihi sekalian,                                                                                Permata Dihargai, Cemerlang Dirai
                                                                                                                                  Permata Dihargai, Cemerlang Dirai
                Di bawah kepimpinan YBhg. Ketua Setiausaha Negara, kita menyambut seruan F.A.S.T.E.R yang di utamakan
                beliau  iaitu  flat,  agile,  streamlined,  enable,  efficient  and  resilient.  Secara  ringkasnya  prinsip  ini  menekankan
                kualiti-kualiti cepat/tangkas, cekap, menggunakan teknologi, digitalisasi, adaptif dan sensitif kepada perubahan-
                perubahan.

                Saya ingin menyeru kita di BKPP menerapkan prinsip-prinsip ini dengan bersungguh-sungguh. Hanya dengan
                fikiran tentang kemajuan, kemahuan yang tinggi dan kerajinan, kita akan menjadi orang yang berjaya, organisasi
                yang  berjaya,  bangsa  dan  negara  yang  berjaya.  insyaAllah.  Tambah  baik  proses  kerja  yang  ada,  perbaiki
                hubungan dan komunikasi, sensitif kepada kepentingan pelanggan dan pemegang taruh.Berikanlah idea anda.


                Hadirin sekalian,

                Baru-baru ini kita didedahkan dengan pelbagai kecurangan yang berlaku dalam Perkhidmatan Awam. Saya ingin
                berpesan  jangan  sesekali  menggadai  prinsip  demi  untuk  mendapat  dunia  yang  menggiurkan.  Bak  kata  Ketua
                Polis Johor, Datuk Ayob Khan, berapa lama pun kita nak hidup, apakah wang berjuta, itu hendak dijadikan alas
                kita di dalam kubur nanti. Oleh itu saya ingin menegaskan supaya kita sentiasa menitik beratkan aspek integriti
                diri. Ini kerana sesungguhnya ukuran paling tinggi seseorang itu ialah wajib dia menaruh perasaan malu akan
                dirinya terlebih dahulu untuk melakukan kemungkaran.


                Saudara dan saudari sekalian,

                Saya menghargai setiap diri kita yang telah memainkan peranan masing-masing untuk sama-sama membendung
                jangkitan COVID-19. Saya harap kita terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan Kerajaan, di dalam dan di luar
                pejabat.  Jadilah  contoh  yang  baik  kepada  semua.  Ini  juga  selaras  dengan  Gerakan  Memperkasakan  Komuniti
                melawan COVID-19.

                Sehubungan  ini,  saya  ingin  bertanya  adakah  semua  telah  mendaftar  untuk  divaksinasi?  Dan  membantu  ahli
                keluarga kita mendaftar?


                Di  kesempatan  ini  juga  saya  ingin  mengingatkan  supaya  kita  tidak  terlibat  dengan  gerakan  atau  kumpulan
                penghasut  antivaksin.  Hal  ini  kerana  dengan  membuat,  menerbitkan  atau  mengedarkan  apa-apa  kenyataan,
                khabar  angin  atau  berita  dengan  niat  hendak  menyebabkan  atau  yang  mungkin  menyebabkan  ketakutan  atau
                kegentaran kepada masyarakat awam atau kepada mana-mana golongan awam supaya oleh yang demikian itu,
                seseorang  mungkin  terdorong  melakukan  sesuatu  kesalahan  terhadap  negara  atau  terhadap  keselamatan  dan
                boleh diambil tindakan. Jika disabitkan kesalahan seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau
                denda atau kedua-duanya sekali.


                                          A r t w a l k                                                     P a g e   0 0
                                                                                                                                         M u k a   s u r a t   0 3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10