Page 6 - BUKU PROGRAM MAJLIS APRESIASI & PERSARAAN
P. 6
Majlis Apresiasi
Majlis Apresiasi
& Persaraan
& Persaraan
B K P P 2 0 1 9 - 2 0 2
B K P P 2 0 1 9 - 2 0 2 1 1
Permata Dihargai, Cemerlang Dirai
Permata Dihargai, Cemerlang Dirai
Saya berharap program vaksinasi COVID-19 ini dapat membantu membasmi wabak ini seterusnya membolehkan
kita semua kembali kepada norma kehidupan yang lebih kondusif dan sejahtera, InsyaAllah.
Oleh itu, saya menyeru sekali lagi kepada semua warga BKPP untuk mendaftar sebagai penerima vaksin melalui
Aplikasi MySejahtera seterusnya menjayakan program vaksinasi ini secara keseluruhannya.
PENUTUP
Hadirin sekalian,
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang BKPP Tahun 2019 dan 2020. Semoga
prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh saudara dan saudari menjadi contoh kepada semua penjawat awam
yang lain.
Persaraan Cik Zaleha, En.Sakijan, Encik Radzuan -3 orang warga BKPP yang cemerlang, dedikasi, setia dan
amat berjasa pastinya amat dirasai oleh kita semua. Bak kata pepatah Melayu; patah kan tumbuh, hilang kan
berganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi. Saya bagi pihak Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada mereka di atas sumbangan dan komitmen mereka kepada
Perkhidmatan Awam. Kita berdoa, semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada
ketiga-tiga pegawai ini dan keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan terus aktif di
samping keluarga yang disayangi.
Tidak lupa juga kepada barisan urus setia majlis yang telah bertungkus lumus dalam memastikan penganjuran
majlis ini dapat berjalan dengan lancar tanpa mengenepikan SOP yang telah ditetapkan. Terima kasih.
Sekian, Wa billahi taufik wal hidayah Wassalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
A r t w a l k P a g e 0 0
M u k a s u r a t 0 4