Page 18 - manual-pengurusan-skdj2021
P. 18
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2021
PANDUAN AM GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH RENDAH
ARAHAN AM
Selaku pegawai kerajaan, guru dan kakitangan adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam
Perintah Am Kerajaan.
Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan yang lain.
Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion perguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan
bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
Semua guru dan AKP hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip- prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan, dinamik dan cekap dalam menjalankan tugas seharian.
KEHADIRAN GURU
1. Guru-guru adalah diminta mencatat waktu kehadiran ke sekolah dan waktu pulang ke rumah di mesin kad
perakam waktu.
2. Guru-guru perlu berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bunyi loceng
perhimpunan.
3. Guru-guru yang tidak dapat hadir sebelum waktu yang ditetapkan hendaklah memaklumkan kepada
4. Guru Besar atau mana-mana GPK menggunakan apa jua medium perhubungan.
5. Bagi kegiatan kokurikulum dan sebarang aktiviti sekolah, guru-guru diminta mencatat nama di dalam buku
kedatangan yang disediakan.
CUTI : Perintah AM Bab “C”
1. Cuti bukan satu hak tetapi merupakan satu keistimewaan/kemudahan. Cuti Rehat Khas adalah 10 hari setahun.
2. Permohonan cuti perlu memohon secara lisan terlebih dahulu dan disusuli dengan pengisian borang cuti sehari
sebelum kes-kes kecemasan.
3. Kuasa melulus cuti adalah Ketua Jabatan atau kuasa-kuasa lain yang ditentukan.
SIJIL SAKIT
1. Jika seseorang guru tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau kerana sebab-sebab kesihatan, guru berkenaan
hendaklah memberitahu Guru Besar / Penolong Kanan Pentadbiran/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan
Kokurikulum dan Ketua Pembantu Tadbir sebelum sekolah bermula atau selewat-lewatnya sebelum waktu pertama
belajar pada hari tersebut.
W A W A S A N P E N J A N A W A R I S A N