Page 20 - manual-pengurusan-skdj2021
P. 20

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH             2021


             GURU BERTUGAS HARIAN
            1.  Beberapa orang guru Tahap (1) dan Tahap (2) akan ditugaskan mengawasi, memeriksa dan mengambil tinda-
               kan-tindakan yang perlu serta melaporkan pada setiap hari persekolahan.
               Guru bertugas diminta berada di sekolah 15 minit sebelum sekolah  bermula  dan  balik selepas  semua
               murid selamat pulang. Jika ada sebarang kegiatan sekolah pagi atau petang guru bertugas diwajibkan
               berada di sekolah pada hari tersebut.
            2.  Guru bertugas perlu menjalankan tugas tiap-tiap hari persekolahan  dan melaporkannya ke dalam
               BUKU LAPORAN HARIAN dan membawa buku tersebut kepada Guru Besar / Guru Penolong Kanan pada
               hari yang berikut, pada waktu pertama.
            3.  Ringkasan ucapan khas pada hari Perhimpunan Mingguan hendaklah dicatatkan dalam buku Laporan Perhim-
               punan dan dihantar kepada Guru Besar pada hari pertama minggu berikutnya.
            4.  Guru bertugas perlu membuat rondaan mengelilingi kawasan sekolah sebelum sekolah bermula, masa rehat
               dan selepas sekolah ditutup untuk memeriksa dan membuat laporan tempat-tempat berikut :

                 bilik-bilik khas
                 bilik-bilik makmal sains dan bilik kemahiran hidup

                 tandas murid dan guru

                 kantin sekolah
                 bilik-bilik khas seperti pusat sumber, pengawas, kaunseling dan lain-lain

                 kawasan am dan lain-lain
            5.  Laporan pemeriksaan hendaklah ditulis pada tiap-tiap hari persekolahan.
            6.  Laporan hendaklah jelas, tepat dan lengkap dengan menyatakan masa, tempat, jenis dan sebagainya.

            7.  Guru bertugas perlu merujuk kepada laporan dalam LAPORAN HARIAN apabila membuat laporan atau pengu-
               muman di perhimpunan atau apa-apa tindakan yang berkaitan dengan tugasnya.

            8.  Guru bertugas adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal menjaga dan mengawal disiplin murid-murid
               dan perjalanan pembelajaran sekolah pada hari tersebut.

            9.  Guru bertugas bertanggungjawab mengambil tindakan-tindakan yang perlu seperti mengarahkan murid men-
               gutip sampah, membersihkan kelas, memeriksa kebersihan kelas, memeriksa kebersihan diri murid dan lain-
               lain yang difikirkan perlu.
            10.  Bertanggungjawab terhadap keselamatan murid, bertindak apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kecema-
               san yang berlaku di sekolah pada hari tersebut.

            11.  Bertindak dan mengambil langkah-langkah positif jika berlaku sesuatu keadaan yang kurang memuaskan sep-
               erti  kelas  bising,  kelas  kotor,  kelas  tidak  ada  guru,  murid  lewat  ke  sekolah,  tandas-tandas  kotor  dan  se-
               bagainya.
            12.  Menentukan  perjalanan  jadual  waktu  sekolah  berjalan  dengan  lancar  dan  lonceng  sekolah  berbunyi  pada
               waktu yang betul.
            13.  Membantu / melaporkan kepada GPK Pentadbiran jadual waktu guru ganti jika ada guru yang tidak bertugas
               pada hari tersebut.
            14.  Guru bertugas memastikan murid berbaris sebelum masuk ke kelas dan berbaris sebelum pulang.











                                           W A W A S A N   P E N J A N A   W A R I S A N
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25