Page 19 - manual-pengurusan-skdj2021
P. 19

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH             2021


            2.  Sijil sakit yang dikemukakan hendaklah mengikut PERINTAH AM BAB C para 15.
               “ Cuti-cuti atas sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau kuasa tertentu bila  seseorang    pegawai
               itu  disahkan  oleh  seorang  pegawai  perubatan atau oleh sebuah  Lembaga  Perubatan  (Bab  F) atau  oleh
               seorang  Panel  Doktor     sebagai  tidak sihat  untuk  menjalankan  tugas-tugas  jawatannya.  Pengesahan
               itu hendaklah  di  atas sijil   sakit   yang   diterima   seperti   dalam   Perintah   Am   (xi).   Ketua   Jabatan   boleh
               menerima mengikut budi bicaranya sendiri, sebarang sijil sakit yang dikeluarkan oleh seorang  doktor  swasta
               tanpa  sokongan  seorang  pegawai  perubatan,  apabila  sijil-sijil itu memberi cuti tidak melebihi DUA hari yang
               berturut-turut  sahaja.  Jumlah  cuti  sakit  yang    diberi    Ketua    Jabatan    atau  sijil-sijil    demikian    tidak    akan
               melebihi  15  hari  dalam sesuatu tahun ”
               Jumlah cuti – 10 hari setahun. Kemudahan untuk diri sendiri dan keluarga terdekat sahaj(isteri/suami,ibu dan
               bapa)
            3.  Tujuan :

                      3.1  Menziarahi ahli keluarga yang rapat yang sakit tenat / meninggal dunia (Ahli keluarga – suami / isteri /
                              anak-anak).  Keluarga rapat – ibubapa / adik beradik / mertua / datuk / nenek / isteri / suami).

                     3.1.1  Perayaan Agama

                     3.1.2  Kecemasan (semasa banjir)

                     3.1.3  Tambahan cuti haji

                     3.1.4   Kursus suai kenal (Luar Kampus)

                     3.1.5  Majlis konvokesyen bagi guru-guru itu sendiri atau anak-anak mereka

                     3.1.6  Temuduga kenaikan pangkat

                     3.1.7  Tujuan perkahwinan guru-guru itu sendiri atau anak-anak mereka

                 3.2  Tidak  dibenarkan  untuk  mengambil  cuti  rehat  khas  bagi  urusan  peribadi  seperti  untuk  menghadiri
                     Ujian Memandu.

                 3.3   Cuti isteri bersalin untuk lelaki selama 7 hari sebagai cuti tanpa rekod, 5 kali sepanjang perkhidmatan.


            TUGAS KERJA GANTI

            1.  Tugas/  Kerja  ganti  (relief  work)  hendaklah  dibuat  bagi  guru-guru  yang  tidak  hadir  kerana  sebab-sebab
               kesihatan.
            2.  Tugas/Kerja  ganti  rasmi  dibuat  bagi  guru-guru  yang  perlu  menghadiri  mesyuarat-mesyuarat/  kursus  bagi
               pihak  sekolah  atau  menjalankan  tugas-tugas  rasmi  yang  diarahkan  atau  yang  mendapat  kebenaran  dari
               Jabatan  Pendidikan  Negeri  Pahang  atau  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  seperti  yang  diwajibkan  dalam
               PERINTAH AM dan Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan.
            3.  Tugas/Kerja  guru  ganti  adalah  RASMI,  guru  yang  diarahkan  untuk  jalankan  tugas  ganti  adalah  WAJIB
               dilaksanakan.







                                           W A W A S A N   P E N J A N A   W A R I S A N
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24